DALIL DALIL MENGENAI PEMAKAIAN CINCIN MENGIKUT SHARIAT ISLAM.
1) ADALAH HARUS MEMAKAI CINCIN DITANGAN KANAN DAN DITANGAN KIRI MENURUT IMAM NAWAWI....MENGIKUT IJMAK ULAMAK BAHAWA HARUS MEMAKAI CINCIN DITANGAN KANAN ATAU TANGAN KIRI.TIDAKLAH DIMAKRUHKAN MEMAKAI CINCIN WALAUPUN SISEBELAH MANA SEKALI PUN...DARI SAHIH MUSLIM.
2) DARI SAIDINA ALI R.A ..."SESUNGGUHNYA RASULULLAH MEMAKAIKAN CINCINYA DITANGAN KANAN " RIWAYAT AT TARMIZI.
3) DARI HAMMAD BIN SALAMAH TELAH MENCERITAKAN BAHAWA " AKU TELAH MELIHAT ABI RAFI MEMAKAI CINCINYA DITANGAN KANAN...LALU AKU BERTANYAKAN KEPADANYA MENGENAI AKAN HAL TERSEBUT...LALU IA MENJAWAB...KERANA AKU TELAH MELIHAT ABDULLAH BIN JAAFAR R.A (SEORANG SAHABAT) MEMAKAI CINCIN DITANGAN KANANYA DAN IA ABDULLAH TELAH BERKATA KEPADA KU...BAHAWA RASULULLAH SAW MEMAKAI CINCIN DISEBELAH TANGAN KANANYA " RIWAT ABU DAUD...AT TARMIZI...IBNU MAJAH DAN IMAM AHMAD.
ADA PUN DALIL BAGI MEMAKAI CINCIN DITANGAN KIRI ADALAH :-
1) DARI ANAS DAN IBNU UMAR TELAH MENCERITAKAN KEDUA SAHABAT INI..." ADALAH RASULULLAH SAW TELAH MEMAKAI CINCIN DITANGAN KIRINYA " RIWAYAT IMAM MUSLIM DARI ANAS DAN ABU DAUD DARI IBNU UMAR.
2) DARIPADA JAAFAR BIN MUHAMMAD YANG MERIWAYATKAN DARIPADA BAPANYA ..." ADALAH HASAN DAN HUSIN ( CUCU RASULULLAH SAW ) KEDUANYA MEMAKAI CINCIN DISEBELAH TANGAN KIRI MEREKA " RIWAYAT IMAM AT TARMIZI...MENURUT IMAM AT TARMIZI HADIS INI ADALAH SAHIH. MENURUT ULAMAK KEMUNGKINAN KEDUA MEREKA INI TELAH MELIHAT RASULULLAH MEMAKAI CINCIN DISEBELAH TANGAN KIRI DAN MEREKA TELAH MENGIIKUTINYA.
ADAPUN MENURUT IMAM NAWAWI ULAMAK ULAMAK SALAF TELAH MENYARUNGKAN CINCIN MEREKA DITANGAN KANAN MEREKA DAN TETAPI TIDAK KURANG YANG MENYARUNGKAN CINCIN MEREKA KETANGAN KIRI MEREKA.
ADAPUN MENGIKUT PANDANGAN DARIPADA IMAM MALIK...MEMAKAI CINCIN DITANGAN KIRI ADALAH SUNAT DAN IA TELAH MEMAKRUHKAN MEMAKAI DITANGAN KANAN.
MENURUT PANDANGAN ULAMAK ULAMAK MAZHAB IMAM SHAFIE TERDAPAT KHILAF IAITU ADA YANG MENYUKAI MEMAKAI DITANGAN KANAN DAN ADA YANG MENYUKAI MEMAKAI CINCIN MEREKA DITANGAN KIRI.NAMUN KEBANYAKAN DIKALANGAN MEREKA LEBIH KEPADA TANGAN KANAN KERANA MEREKA BERPENDAPAT CINCIN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PERHIASAN MAKA DENGAN ITU ADALAH LEBIH BAIK DIPAKAI DITANGAN KANAN KERANA TANGAN KANANN ADALAH LEBIH MULIA....RIWAYAT DARIPADA SAHIH MUSLIM.
JARI YANG MENJADI SUNAT UNTUK DISARUNGKAN CINCIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
ULAMAK TELAH BERSEPAKAT BAHAWA MEMAKAI CINCIN DIJARI KELINGKING ...INI BERDASARKAN DALIL HADIS ..." DARI ANAS TELAH MENCERITAKAN BAHAWA RASULULLAH MEMAKAI CINCINNYA DIJARI INI...SAMBIL ANAS MENUNJUKAN PADA JARI KELINGKING DITANGAN KIRINYA " RIWAYAT IMAM MUSLIM.
RASULULLAH TELAH BERSABDA KEPADA ALI BIN ABI TALIB..." RASULULLAH SAW TELAH MELARANG AKU DARI MEMAKAI CINCIN DIJARI INI ATAU JARI SEBELAHNYA SAMBIL ALI MENUNJUKAN JARI TELUNJUK DAN JARI TENGAHNYA KERANA PERBUAT INI ADALAH MENGIKUTI KAUM YANG MENDERHAKA KEPADA ALLAH IAITU KAUM NABI ALLAH LUT " HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM...AT TARMIZI DAN NASAI.
BAGI KAUM WANITA ADALAH HARUS MEMAKAI CINCIN PADA MANA MANA JARI TANPA MAKRUH HUKUMNYA...DARIPADA SAHIH MUSLIM...TUHFAH AL AHWAZI DAN AINUL MA'BUD.
ADAPUN HUKUM MEMBAWA CINCIN YANG BERTULISAN DALAM BENTUK ZIKIR ALLAH ADALAH SEPERTI DIBAWAH :-
MENURUT IMAM AN NAWAWI ADALAH JIKA ADA BERSAMA SESEORANG ITU SEBENTUK CINCIN YANG DIPAKAI DENGAN BERTULIS PERKATAAN ZIKIR ALLAH ADALAH SUNAT DITANGGALKAN SEBELUM MEMASUKI TANDAS.JIKA SEKIRANYA TIDAK MENAGGALKAN ATAS SEBAB SENGAJA (ATAS SEBABA SEBABA TERTENTU SEPERTI DITAKUTI AKAN KEHILANGAN) MAKA MENURUT SATU PENDAPAT (QIL) HENDAKLAH DIGENGAM CINCIN YANG ADA DITANGAN ITU SUPAYA TIDAK KELIHATAN AKAN TULISAN ZIKIR ALLAH ITU.
BAGI PENDAPAT IBNU AL MUNZIR PULA JIKA TIDAK DITANGGALKAN MAKA HENDAKLAH SIPEMAKAI CINCIN YANG MEMPUNYAI TULISAN ZIKIR ALLAH ITU MEMUTARKAN KEPALA CINCIN ITU KETAPAK TANGAN LALU MENGGENGAMKANYA.
DARIPADA KITAB AL MAJMU' 2/888.
BEGITULAH MENGIKUT PENDAPAT IMAM SYAFIE MENGENAI HUKUM MEMBAWA MASUK KEDALAM TANDAS CINCIN ATAU LOKET ATAU AZIMAT YANG MEMPUNYAI TULISAN ZIKR ALLAH.

WALLAHUALAM.
KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI ...SILA ADD SAYA DI FACEBOOK UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA KITA... INSHAALLAH.
KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI ...SILA ADD SAYA DI FACEBOOK UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA KITA... INSHAALLAH.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.