Wafak adalah sesuatu benda yang diperbuat daripada kertas,kain,kulit,kayu,batu,besi dan berbagai benda lain yang boleh dibuatkan Wafak.Setiap benda yang dikatakan Wafak itu haruslah ditulis dengan ayat ayat Al Quran.Ada juga wafak yang ditulis dengan huruf huruf jawi,ada juga yang mengunakan objek objek yang tertentu atau pun dengan mengunakan bahasa bahasa yang tertentu,mengikut kepada guna dan tujuan Wafak itu dibuat.Lazimnya tulisan atau objek yang dibuat pada Wafak itu tidak dapat difahami oleh kita yang mengunakan Wafak itu.Ada sesetengah wafak yang dibuat,pengunanya tidak dapat langsung untuk melihat isi kandung Wafak itu sendiri.Kebiasaanya Wafak dibuat untuk membenteng diri,melariskan perniagaan,sebagai penunduk,pengerun,pengasih dan berbagai bagai lagi
kegunaan harian yang berkaitan dengan hal ehwal manusia dan jin.
Ada juga sesetengah orang mempercayai bahawa wafak yang dibuat itu membolehkan dirinya menjadi KEBAL atau ada juga mereka yang mengangap bahawa Wafak yang dibuat itu membolehkan dia MENGHILANGKAN DIRINYA pada sesuatu ketika,dan berbagai bagai lagi yang dikisahkan mengenai Wafak ini.Sejauh mana tentang keberkesanan akan Wafak ini...Wallahualam.
1) Kotak wafak lama.
Gambar diatas adalah sebuah kotak untuk menyimpan kertas atau kulit yang telah ditulis dengan tulisan Wafak yang mana telah berusia lebih daripada 140 tahun.Kotak wafak ini telah dibawakan dari tanah Jawa.Kotak wafak ini berada didalam simpanan Kiosk Batu Cincin.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En Neik ditalian 0166829600.
2) Tabung Wafak.
Gambar diatas adalah sejenis tabung yang bersaiz agak kecil,ianya juga adalah tempat menyimpan Wafak Wafak yang diperbuat daripada Besi,Tulang,Kayu dan sebagainya.Tabung Wafak jebis ini kebiasaanya digantung kepingang atau dileher seseorang.Bahan logam yang digunakan untuk membuat tabung Wafak ini adalah dari jenis kuningan,ianya tidak berkarat atau luntur.Dengan mengunjungi Kiosk Batu Cincin anda,pasti akan menemui tabung ini.
3) Wafak Lengkap.
Gambar diatas menunjukan kepada anda rupa bentuk Wafak lengkap.Wafak ini dipangil Wafak lengkap kerana banyak benda yang ditulis didalamnya dan seribu satu macam kegunaan.Walaupun Wafak ini telah dibuat baru,tetapi ianya masih mengekalkan isi kandung yang asli.
Gambar diatas juga adalah satu lagi jenis wafak lengkap.Wafak diatas ini telah dibuat didalam saiz yang agak kecil,mudah disimpan dan dibawa kemana sahaja.Wafak ini juga masih lagi kekal dengan isi kandung Wafak yang asli.Kiosk Batu Cincin anda ada mempamirkan Wafak Wafak ini.
4) Wafak Pelaris.
Wafak pelaris seperti didalam gambar diatas sering digunakan orang sebagai melariskan perniagaan mereka.Walau pun banyak jenis Wafak pelaris yang dibuat orang,tetapi Wafak jenis ini sering dicari orang,menurut kata mereka "terbukti akan keberkesananya".
Walau bagaimanapun Doa dari ayat suci Al Quran adalah yang terbaik untuk dijadikan amalan dan zikir harian.Ini yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.Janji dari Allah dan Rasul itu adalah jaminan yang terbaik untuk kita.Wassalam.
No comments:
Post a Comment