Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi halama Kiosk Batu Cincin ini. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan yang dilimpahkan oleh Allah dengan penuh keberkatan yang hanya istimewa untuk umat Muhammad.
Didalam Surah Ar Rahman Allah telah berfirman
Yang bermaksud: Bidadari bidadari itu ( cantik berseri ) seperti permata Delima dan Marjan.
Kali ini Kiosk Batu Cincin memaparkan sejenis permata yang berasal daripada lautan iaitu Marjan. Permata Marjan adalah salah satu permata yang ada disebut didalam Alquran seperti diatas.
Marjan adalah sejenis Karang Laut yang sukar didapati dewasa ini.
Tumbuhan ini adalah tergolong daripada jenis hidupan laut yang dilindungi bagi mengelakan daripada kepupusan. Oleh kerana permata Marjan ini telah dipilih oleh Allah untuk disebutkan didalam Al Quran diyakini pasti mempunyai khasiat yang tersirat untuk dipakai oleh manusia.
Diantara khasiat yang dapat dicongkel daripada Permata Marjan ini adalah mengelokkan perjalanan darah, menguatkan jantung, mengelakan daripada kemandulan dan menangkis Ilmu Sihir
Sepotong Permata Marjan
apabila dicanai, warna merah seperti didalam gambar No 1 diatas akan hilang dan akan kembali kewarna asal secara perlahan dalam masa tertentu apabila dipakai. Untuk proses mempercepatkan Permata Marjan kembali kepada warna asal hendaklah menyimpan Permata Marjan ini didalam air.
Di Kiosk Batu Cincin terdapat sebutir permata Marjan asli yang dalam proses untuk dicanai. Permata Marjan yang seberat 13.5 gram ini akan terus diproses menjadikan sebutir permata kepada Cincin atau Loket kepada sesiapa yang berminat.
Bagi peminat permata Marjan, bolehlah menghubungi ditalian 0142308873 Nik Cincin atau berkunjung terus ke Kiosk Batu Cincin di No 52 Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota Setapak Kuala Lumpur untuk melihat keaslian permata Marjan ini sendiri.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.