Terima kasih yang tidak terhingga
buat anda yang sudi berkunjung ke KBS.
Kali ini KBS akan menerangkan secara terperinci
mengenai Pemimpin 21 dan mengapa ianya harus untuk anda miliki.
Saya Neik Cincin
Selaku Pengasas Pemimpin 21 juga sebagai Pengasas KBC
berharap agar anda dapat membaca tulisan saya hingga
keakhirnya, agar dapat memahami pekara
yang tersirat didalam
Pemimpin 21.
1. KEASLI PADA PEMIMPIN 21.
21 Khazanah Alam yang terkandung dalam Pemimpin 21 adalah daripada bahan yang sebenar-benar asli. Untuk itu anda boleh melayari Video proses membuat Pemimpin 21
Anda juga boleh melihat keaslian bahan yang terkandung dalam Pemimpin 21 melalui video proses membuat loket Pemimpin 21 Klik Disini.
2. SEJARAH PENCIPTAAN PEMIMPIN 21.
3. PEMAKAIAN ORANG-ORANG LAMA.
21 Kazanah Alam yang dipilih untuk Pemimpin 21 ini adalah daripada bahan-bahan yang telah pun diuji akan kemujarabanya dan telah pun digunakan oleh mereka yang bergelar pemimpin waktu dahulu, seperti Bendahara, Panglima, Penghulu, Ketua Kampong, malah mereka yang mempunya taraf lebih dari itu juga menggunakan khazanah ini untuk mendapatkan khasiat yang semulajadi, bagi tujuan mendapatkan tambahan kehebatan dalam bidang dan aktiviti seharian mereka.
Rahsia daripada Khasiat semula jadi 21 Khazanah Alam anugerah dari Allah ini telah dicongkel oleh mereka yang terdahulu. Rahsia ini kian lama kian tenggelam akibat daripada peredaran zaman yang silih berganti.
3. KHASIAT 21 KHAZANAH ALAM DALAM PEMIMPIN 21.
1.Kayu Menang
Kayu menang adalah sejenis pokok yang tumbuh ditengah-tengah sebatang pokok yang besar, yang mana pada bahagian tengah pokok besar itu berlubang. Maka pokok yang tumbuh ditengah itu adalah Kayu Menang.
Khasiat Kayu Menang.
Aura atau khasiat Kayu Menang ini amat berkesan untuk Berpidato (Bercakap) menyebabkan orang mendengar percakapan atau arahan sipemakainya. Kayu Menang juga digunakan untuk didalam apa jua pertarungan yang menyebabkan sipemakainya sentiasa mendapat kemenangan Insha Allah.
2. Sulur Bertam.
Sulur Bertam kebiasaan tumbuh dilereng-lereng bukit yang berbatu, mempunyai urat yang berjalur dengan warna gelap. Sulur Bertam yang terbaik adalah yang tumbuh membelah batu dan ini dinamakan Sulur Bertam Tikam Batu.
Khasiat Sulur Bertam.
Sulur Bertam dipakai oleh orang-orang dahulu seperti pemimpin, hulubalang atau ketua-ketua pada masa dahulu untuk mendapatkan aura semula jadi daripada kayu ini yang mana akan menyebabkan sipemakainya bertambah semangat, kekentalan jiwa dan wibawa diri dalam kepimpinanya Insha Allah.
3. Mani Gajah.
Ramai yang tidak memahami apa itu Mani Gajah dan asal kejadian Kristal Mani Gajah sebenarnya. Malah penjual sendiri pun ramai yang tidak mengetahui pekara sebenar Kristal Mani Gajah ini.
Adapun Mani Gajah sebagaimana yang disebut orang adalah Sperma Gajah Jantan. Titisan Sperma Gajah Jantan yang jatuh kebumi itu akan menjadi Kristal. Proses untuk menjadi Kristal itu memakan masa yang begitu lama. Ada yang menyatakan bahawa proses ini memakan masa hingga ratusan tahun, jika ianya terselamat daripada menjadi makanan harimau semasa diperingkat ianya masih lagi sebagai sperma yang baru menitis ke bumi.
Khasiat Mani Gajah.
Adapun Mani Gajah adalah salah satu bahan untuk kegunaan dan sabagai bahan penting dalam pembuatan Minyak Pengasih. Namun jika ianya dipakai dengan begitu sahaja akan menyebabkan orang-orang disekeliling yang memakainya menyukai, menyenangi dan menyayangi sipemakainya.
Kesimpulan Khasiat Mani Gajah ini membawa atau berkecenderungan untuk disenangi oleh orang-orang sekeling kepada sipemakainya. Oleh yang demikian orang-orang dahulu mengasah Kristal Mani Gajah untuk dijadikan loket atau batu Cincin, malah ada juga yang letakan pada bahagian tongkat mereka untuk mendapatkan Khasiat semula jadi ini.
4. Buluh Tumpat.
Untuk mengenali Buluh Tumpat yang asli yakni bermaksut yang mempunyai khasiat ia mestilah kelihatan 2 tone setelah dipotong. Jika hanya terdapat satu tine sahaja ini mermaksud Buluh Bukit, bukan Buluh Tumpat yang sebenar. Buluh Bukit sememangnya semua tumpat.
Klik Disini untuk melihat buluh tumpat yang asli milik KBC.
Khasiat Buluh Tumpat.
Buluh Tumpat sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri anugerah Allah. Buluh Tumpat berfungsi sebagai Benteng Diri ( Tidak Semua Sihir Dapat Dibenteng Dengan Buluh Tumpat, Oleh Itu, Lebih Banyak Bahan Penangkis Sihir Pada Pemakaian Maka Lebih Rendah Resiko Untuk Menjadi Mangsa Sihir ). Buluh Tumpat juga mempunyai khasiat untuk memecahkan Benteng Diri Musuh.,Buluh Tumpat juga berfungsi sebagai pemusnah Ilmu Kebal.
5. Kayu Cinta Mani Laut.
Kayu Cinta Mani Laut adalah sejenis tumbuhan dari dalam laut, warnanya hitam mirip kepada Akar Bahar. Jika dipotong bahagian tengahnya boleh dijolok dan akan terlubang. Jika digosok sebuknya akan berbau seperti umpai laut. Begitulah serba sedikit untuk mengenali Kayu Cinta Mani Laut.
Kelik Disini untuk melihat Kayu Cinta Mani Laut.
Khasiat Kayu Cinta Mani Laut.
Kayu Cinta Mani Laut juga adalah salah satu bahan yang menjadi ramuan kepada pembuatan minyak Pengasih. Bagi orang-orang yang terdahulu atau pemimpin terdahulu, kebanyakan mereka hanya menjadikan kayu ini sebagai permata cincin atau diletakan pada tongkat yang salah satu pakaian harian untuk mendapatkah khasiat atau sebagai penyebab untuk orang-orang disekeliling menyukai, menyenangi dan menyayangi mereka.
6. Tanduk Rusa Putih.
Tiada banyak perbezaan antara Tanduk Rusa Putih dengan Tanduk Rusa Hutan biasa. Hanya beza pada warna yang agak keputihan.
Kelik Disini untuk melihat Tanduk Rusa Putih milik KBC.
Khasiat Tanduk Rusa Putih.
Khasiat semula jadi yang terkandung pada Tanduk Rusa Putih adalah sebagai penyebab membenteng diri dari sihir yang begitu kuat ( Tidak Semua Sihir Dapat Dibenteng Dengan Tanduk Rusa Putih, Oleh Itu, Lebih Banyak Bahan Penangkis Sihir Pada Pemakaian Maka Lebih Rendah Resiko Untuk Menjadi Mangsa Sihir ).
Orang-orang lama seperti Datuk Nenek kita dahulu meletakan Tanduk Rusa pada bahagian Tiang Tengah Rumah, bagi mendapatkan khasiat semula jadi daripadanya sebagai penyebab agar rumah tidak dimasuki sihir.
Orang-orang asli di Kalimantan juga mengantungkan Tanduk Rusa keleher mereka untuk mendapatkan khasiat ini,.
7. Gigi Gajah Mati Meragan.
Adapun Gigi Gajah yang digunakan dalam Pemimpin 21 adalah Gigi Gajah Mati Meragan. Gigi Gajah milik KBS adalah Gigi Gajah yang telah ditemui di hutan Gerik Perak 7 tahun yang lalu. Ianya ditemui bersama dengan kesemua bahan penting termasuk gading dan ini membuktikan Gajah yang ditemui adalah Gajah Mati Meragan.
Khasiat Gigi Gajah Mati Meragan.
Adapun dua anggota gajah seperti Gading dan Gigi membawa kesan kepada sipemakainya akan menyebabkan Berwibawa Diri serta dihormati oleh orang-orang disekeliling.Oleh itu 2 anggota pada gajah ini amat diperlukan dan sememangnya dicari oleh orang-orang dahulu untuk dimiliki bagi mendapatkan khasiat tersebut.
8. Kayu Penunduk.
Kayu Penunduk pada bahagian dalam nya kelihatan bewarna putih, tetapi setelah digosok dan digilapkan ianya kelihatan bewarna kemerahan agak ke choklat sedikit.
Kelik Disini untuk melihat rupa kayu penunduk.
Khasiat Kayu Penunduk.
Rahsia dari Khasiat Kayu Penunduk ini telah telah tersebar sejak lama dahulu. Kayu Penunduk berkhasiat secara semula jadi akan menyebabkan musuh dan orang-orang disekeliling merasa rendah diri dan menghormati sipemakainya. Bagi mereka dari kalangan pembesar dahulu menggunakan Kayu Penunduk untuk dijadikan permata cincin atau loket yang menjadi pemakaian harian untuk mendapatkan khasiat ini.
9. Raja Kayu.
Raja Kayu bewarna merah tua berminyak, sukar untuk dipotong. Diambil sepotong dalam ketebalan 1 cm mampu ditembusi cahaya.
Kelik Disini untuk melihat rupa Raja Kayu.
Raja Kayu Yang Berkhasiat.
Ramai yang tidak mengetahui Raja Kayu yang bagaimana perlu diambil untuk mendapatkan khasiat yang semula jadi. Tidak semua bahagian pada pokok Raja Kayu mempunyai khasiat semula jadi.
Untuk makluman anda, Batang Raja Kayu yang mempunyai khasiat semula jadi adalah pada dahan Raja Kayu yang sekah dan jatuh ke bumi. Dahan inilah yang diambil untuk kegunaan bagi mendapatkah khasiat yang semula jadi dan berkesan kepada sipemakainya.
Khasiat Raja Kayu.
Raja Kayu juga digunakan sebagai Benteng Diri, Benteng Rumah dan Benteng Kedai yang kuat daripada perbuatan sihir.( Tidak Semua Sihir Dapat Dibenteng Dengan Raja Kayu, Oleh Itu, Lebih Banyak Bahan Penangkis Sihir Pada Pemakaian Maka Lebih Rendah Resiko Untuk Menjadi Mangsa Sihir ).
10. Buluh Bertemu Ruas.
Buluh Bertemu Ruas adalah satu kejadian yang sukar ditemui. Maksudnya ada berlaku tetapi amat jarang ditemui. Disebabkan sukar ditemui dan mempunyai khasiat besar, maka Buluh Bertemu Ruas Palsu terdapat banyak dipasaran dengan harga yang murah.
Kelik Disini untuk melihat Buluh Bertemu Ruas milik KBC yang digunakan dalam pembuatan Pemimpin 21..
Buluh Bertemu Ruas seperti dalam gambar diatas adalah yang palsu dan untuk makluman anda ramai yang menyimpan buluh sebegini disebabkan menyangka ianya adalah yang asli dan boleh didapati dengan harga yang murah.
Khasiat Buluh Bertemu Ruas.,
Buluh Bertemu Ruas mewmpunyai khasiat besar. Ianya mempunyai khasiat semula jadi untuk Pengasih dan Pelaris Perniagaan. Memadai hanya terdapat sepotong Buluh Bertemu Ruas yang asli sebagai pemakaian harian, aura buluh ini menyebabkan sipemakainya disukai orang, disenangi orang dan disayangi orang. Jika dipakai ketiga berniaga Insha Allah akan laris perniagan seseorang itu.
11. Teras Asam Jawa.
Untuk makluman anda bahawa teras Asam Jawa bewarna Choklat Tua ( Gelap ). Pokok Asam Jawa mempunyai teras ketika usianya melebihi 100 tahun. Oleh itu Teras Asam Jawa juga adalah kalangan khazanah alam yang sukar untuk didapati.
Khasiat Teras Asam Jawa.
Ramai dikalangan orang kita yang tidak mengetahui rahsia ini. Sebenarnya Teras Asam Jawa mempunyai khasiat besar yang semula jadi dalam menangkis Santau atau Sihir. Memadai hanya sepotong kecil Teras Asam Jawa dijadikan pemakaian harian Insha Allah akan terhindar dari anasir Santau atau Sihir ( Tidak Semua Sihir Dapat Dibenteng Dengan Teras Asam Jawa, Oleh Itu, Lebih Banyak Bahan Penangkis Sihir Pada Pemakaian Maka Lebih Rendah Resiko Untuk Menjadi Mangsa Sihir ).
12. Batu Badar Besi.
Batru Badar Besi adalah spises batu yang melekat dengan Magnet. Ianya terdapat didalam bumi perut bumi yang mempunyai kejauhan sedalam 1000 meter kebawah. Badar Besi juga telah diketahui mempunyai khasiat besar untuk munafaat kepada manusia.
Khasiat Batu Badar Besi.
Badar Besi mempunyai khasiat semula jadi sebagai penolak sihir. Disimpan didalam ruah atau kedai maka Insha Allah Makhluk Jin yang digelarkan oleh orang-orang Melayu sebagai Bajang dan Pelesit tidak masuk kedalam rumah atau kedai yang terdapat Batu Badar besi ini. Maka dengan ini Batu Badar Besi juga adalah digunakan sebagai Benteng Diri dari banyak jenis sihir.
13. Tulang Duyung.
Untuk mengenali akan kesahihan tulang duyung ianya adalah tumpat dari pangkal hingga ke hujungnya. Setiap tulang biasanya akan berlubang sebagai salur darah. Tetapi hakikatnya Tulang Duyung tidak bersifat begitu.
Khasiat Tulang Duyung.
Sebagai mana yang diketahui umum bahawa beberapa bahagian dari habitat Duyung seperti Rambut Duyung, Airmata Duyung dan Tulang Duyung amat diperlukan dalam pembuatan minyak-minyak pengasih.
Oleh yang demikian, memadai mendapat sedikit daripada Tulang Duyung ini dijadikan sebagai pemakaian harian Insha Allah akan menyebabkan orang-orang disekeliling sipemakainya akan menyenangi, menyukai dan menyayanginya.
14. Rotan Songsang.
Mengenali Rotan Songsang adalah seperti pada gambar dibawah. Rotan Songsang juga adalah spises rotan yang sukar ditemui.
Khasiat Rotan Songsang.
Rotan Songsang adalah sebagai pembisa. Ianya juga sebagai pemecah kepada benteng diri musuh. Dipukul kepada musuh boleh menyebabkan musuh menjadi lemah. Orang orang pada zaman dahulu menjadikan rotan songsang ini tongkat sebagai senjata ketika berhadapan dengan musuh.
15. Gading Gajah.
Gading Gajah adalah Barang berharga dan mempunyai khasiat semula jadi yang tersendiri. Dipotong dan diambil urat pada bahadian tepi Gading Gajah akan mampu ditembusi sinar cahaya. Itu rahsia untuk mengetahui keaslian Gading Gajah jika dari potongan yang kecil.
Khasiat Gading Gajah.
Untuk mengetahui khasiat Gading Gajah anda boleh merujuk pada bahagian 7 iaitu Gigi Gajah. Tambahan pada khasiat gading gajah adalah sebagai dapat mengesan barang yang beracun mengikut kepercayaan Cina Kuno.
16. Akar Bahar.
Akar Bahar adalah spises yang tumbuh didalam laut.Pada bahagian akarnya terdapat sesuatu yang menyerupai batu. Setelah dibawa kedarat ianya dilentur dijadikan seperti gelang untuk dipakaikan ke lengan. Bewarna hitam seperti Kayu Cinta Mani Laut.
Khasiat Akar Bahar.
Akar Bahar mempuyai khasiat semula jadi yang kuat sebagai penangkis sihir. Tidak sah menjadi guru silat pada zaman dahulu jika tidak memakai Akar Bahar Tidak Semua Sihir Dapat Dibenteng Dengan Akar Bahar, Oleh Itu, Lebih Banyak Bahan Penangkis Sihir Pada Pemakaian Maka Lebih Rendah Resiko Untuk Menjadi Mangsa Sihir ).
17. Kayu Penunduk Gajah.
Kayu Penunduk Gajah ini agak padu berat sedikit daripada Kayu Penunduk biasa.Warna pada bahagian teras kayu ini juga agak gelap sedikit daripada Kayu Penunduk biasa. Asal dipanggil dengan gelaran Kayu Penunduk Gajah, dikatakan bahawa " Gajah pun tunduk, ini kan pula musuh "
Khasiat Kayu Penunduk Gajah.
Sebagai mana Kayu Penunduk biasa, Kayu Penunduk Gajah juga mempunyai khasiat atau kelebihan sebagai menundukan musuh Insha Allah.
18. Nibung Tunggal.
Untuk mengenali Nibung Tunggal ianya mewmpunyai urat yang agak kasar sedikit daripada Nibung Biasa. Maksud Nibung Tunggal adalah sebatang Pokok Nibung yang terdapat ditengah-tengah kampong, lebih bagus jika ianya mati dipanah petir. Maka Batang Nibung itu yang digunakan untuk mendapatkan khasiatnya yang semula jadi.
Khasiat Nibung Tunggal.
Kayu Nibung Tunggal adalah padu dan agak berat lagi keras. Ianya adalah kayu yang bisa. Jika dihentakan kepada musuh Insha Allah mampu membuatkan musuh menjadi lemah. Ini juga adalah salah satu senjata orang orang melayu.
Miang Nibung adalah digunakan sebagai salah satu daripada bahan untuk membuat santau (Santau yang terkenal disekitar Negeri Perak).
19. Batu Leleh.
Batu Leleh juga disebut dengan nama Besi Leleh, juga disebut dengan nama Batu Buit Nuri. Bentuk fizikalnya mirip seperti besi, jika digosok dengan kertas pasir, serbuknya seperti karat besi.
Kelik Disini untuk melihat Batu Leleh milik KBC.
Khasiat Batu Leleh.
Pada peringkat awal batu leleh digunakan sebagai penawar bisa. Berita daripada Patani ianya mempunyai khasiat sebagai bias peluru.
20. Teras Gemunggal ( Teras Kelo ).
Teras Gamunggal atau nama lainya Teras kelo adalah satu khazanah alam yang sama. Mempunyai 2 jenis iaitu bewartna hitam dipanggil Gamunggal Pulau dan yang bewarna kuning dipanggil Gamunggal Emas.Walau bagaimanapun ianya mempunyai khasiat yang sama Insha Allah.
Khasiat Teras Gemunggal.
Mempunyai Khasiat yang semula jadi yang mampu membelahkan benteng diri pada musuh. Gemunggal juga adalah pembisa sebagaimana Nibung Tunggal. Guru-guru silat pada waktu dahulu menjadikan Teras Gemunggal sebagai permata cincin dan tongkat sebagai perisai.
21.Gigi Harimau.
Misai, Taring, Gigi, Kulit pada Kening dan Kulit Harimau adalah benda yang amat penting untuk menaikan aura kepimpinan, aura keberanian dan Aura pengerun pada seseorang. Tetapi kebanyakan orang-orang kita tidak mengendahkan pekara ini lagi malah tidak kurang juga yang tidak mengetahui akan pekara ini. Tetapi bagi bangsa asing terutamanya bangsa Cina dan India mencari-cari benda ini.
Khasiat Gigi Harimau.
Secara semula jadi ianya jika dijadikan sebagai pemakaian harian akan menyebabkan sipemakainya disegani, juga dihormati oleh orang-orang disekeliling Insha Allah.
4.PEMIMPIN 21 UNTUK BERBAGAI TUJUAN.
Selain daripada dipakai untuk tujuan menjadi seorang pemimpin, penciptaan Pemimpin 21 adalah bagi tujuan untuk perniagaan dan untuk pekerjaan agar sisayangi atau disukai oleh orang-orang atasan.
5. PENUTUP.
Setiap yang bermula pasti akan bersakhir, begitu jugalah dengan 21 khazanah alam milik KBC yang asli ini, pasti juga akan kehabisan stok. Oleh yang demikian rebutlah peluang untuk memiliki 21 Khazanah Alam dalam Pemimpin 21 sementara stok masih ada.
Sebarang Pertanyaan sila berhubung di talian 017 6266081, Whatsapp 014 2308873.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.