Jutaan terima kasih buat anda semua
diatas kesudian mengunjungi Blog Kiosk Batu Cincin.
Seterusnya kami dengan sukacita
memaparkan satu lagi jenis permata yang bergelar Jasper buat bahan tatapan
anda yang mana ini juga sebagai bahan untuk menambahkan
sedikit sebanyak info mengenai batu-batu permata.
Pengenalan Ringkas Permata Jasper.
Kebanyakan orang kita sering menganggapkan bahawa permata Jasper adalah Agate, walhal Jasper dan Agate adalah spesies permata yang berlainan.
Jasper berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud berintik-bintik, ia sering terjadi dalam beberapa warna iaitu Merah, Kuning, Choklat dan Hijau. Terdapat juga dalam warna Biru dan Unggu, tetapi kedua warna ini amat jarang ditemui. Jasper mempunyai kekerasan sekitar 6.5 hingga 7 Skala Moh, maka dengan kekerasan sebegini Jasper boleh dibentuk untuk dijadikan permata.
Khasiat Memakai Permata Jasper.
Jasper juga membawa maksud Perlindungan, yakni Benteng Diri atau dengan erti kata lain "Pendinding" daripada anasir sihir. Ia juga mempunyai khasiat untuk ketahanan diri dan mental kepada sepemakainya. Jika kita merasa tidak tenteram, Red Jasper adalah terbaik untuk dijadikan perhiasan diri, kerana disebabkan warna merah pada Permata Jasper diberi khasiat untuk membantu menghilangkan masalah itu.
Jasper Batu Bertuah.
Mengikut kajian orang-orang barat, Permata Jasper adalah batu bertuah kepada mereka yang lahir pada tarikh seperti berikut :-
- 07, 19 Jan
- 09 April
- 02, 03, 09, 16 Sept.
- 19 Dec
Untuk melihat Lucky Birth Stone anda sila (Klik Disini)
PERMATA JASPER DENGAN TAPAK JALAK
KOLEKSI TERBARU KIOSK BATU CINCIN
Pengenalan Mengenai Tapak Jalak.
Adapun Tapak Jalak itu adalah permata yang mempunyai satu garisan atau bersilang dibahagian tengah yang terbentuk secara semula jadi. Urat Tapak Jalak ini tidak terbentuk hanya kepada batu-batu agate sahaja,yang mana ini adalah kefahaman orang-orang kita terdahulu, yang masih cetek pengetahuan mengenai batu-batu permata. Sebenarnya apa-apa jua jenis batu pun boleh berlaku dengan urat sebegini, tetapi amat sukar untuk ditemui yang asli dan jika sekiranya terdapat yang benar-benar asli maka harganya menjadi begitu tinggi dipasaran.
Ingat barang yang sukar ditemui pastilah tinggi harganya di pasaran.Oleh yang demikian terdapat banyak Permata Agate Tapak Jalak Palsu terdapat dipasaran, dengan harga yang tinggi atau rendah mengikut kepada kepandai sipenjual.
Khasiat Permata Tapak Jalak.
Adapun dikatakan Permata yang mempunyai Tapak Jalak ini permata yang berkhadam, yang bermaksud permata yang dijaga oleh makhluk Jin. Untuk mengetahui dan mengenali Jin, Syaitan dan Hantu Kelik Disini.
Pemakai Permata Tapak Jalak dikatakan mendatangkan tuah, jika beniaga maka akan menyebabkan laris perniagaanya, jika bekerja akan menyebabkan disayangi oleh majikanya, jika memimpin akan menyebabkan disukai oleh pengikutnya, jika bersuami isteri akan menyebabkan bertambah kasih sayang dalam berumah tangga dan berbagai lagi khasiat yang baik dengan memakai Permata Tapak Jalak.
Permata Tapak Jalak juga berperanan sebagai Benteng Diri, yakni bermaksud menyebabkan sihir sukar ditembusi kepada sipemakainya.
Pemakai Permata Tapak Jalak juga akan menyebabkan seseorang itu berwibawa diri, yang mana jika seseorang yang bergelar pemimpin amat tertbaik mendapatkan permata ini.
Ada juga yang berpendapat bahawa, jika Aura Permata Tapak Jalak ini telah bersatu dengan Aura sipemakainya, akan menyebabkan seseorang itu menjadi kebal, yakni bermaksud tidak mampu dicaderakan oleh sebarang senjata...Wallahualam.
Sejarah Jasper Dengan Tapak Jalak Asli Koleksi Kiosk Batu Cincin.
Pada penghujung Feb 2018, Neik Cincin selaku CEO Kiosk Batu Cincin telah membeli beberapa ketul Raw ( Bungkah Batu ) dan salah satu daripadanya adalah Raw Batu Jasper.
Pada 1hb Mac 2018 Neik Cincin telah memulakan proses mencanai permata tersebut di Kiosk Batu Cincin beralamat Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas 41000 Klang, Selangor.
Bahagian bungkah telah dipotong dua dan bahagian Raw sebelah kanan dipilih untuk dijadikan sebutir permata. Jika anda lihat pada gambar diatas, terdapat satu garisan, tetapi masih belum diketahui garisan itu akan menjadi tapak jalak.
Diatas adalah gambar yang diambil setelah selesai proses membentuk Raw Jasper yang bakal menjadi permata.
Melalui gambar diatas kita dengan jelas dapat melihat terbentuknya secara semula jadi garisan Tapak Jalak pada bahagian tengah permata ini.
Permata jenis Jasper Tapak Jalak ini telah siap dicanai oleh Neik Cincin
pada 01hb Mac 2018 jam 6.30 minit petang.
Permata ini akan dipasarkan dengan harga Rm 2300.
Sepanjang 10 tahun menceburkan diri dalam melakukan proses mencanai berbagai jenis batu permata, ini baru pertama kali menemukan Permata dengan garisan Tapak Jalak yang benar-benar asli.
Kepada yang berminat untuk memilik permata ini boleh berhubung Neik Cincin selaku CEO Kiosk Batu Cincin ditalian 017 6266801, Whatapp 014 2308873.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment