MENGENALI JIN, SYAITAN, HANTU DAN HUKUM BERKHADAM


ISTIMEWA BUAT PENGUNJUNG PENGUNJUNG KIOSK BATU CINCIN.
MEMANDANGKAN BLOG KIOSK BATU CINCIN INI ADALAH SEBUAH BLOG YANG MEMPERAGAKAN CINCIN DAN BATU PERMATA, MAKA IANYA TIDAK DAPAT
 LARI DARIPADA PERKARA PERKARA YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN
KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN LAMA LAGI KUNO, TERUTAMANYA
KEPERCAYAAN YANG BERKAITAN
DENGAN KHADAM.


OLEH YANG DEMIKIAN,
HALAMAN INI DIBUATKAN BAGI MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK
PENERANGAN UNTUK KITA SEMUA MENJADIKAN SEBAGAI PELAJARAN KEPADA YANG TIDAK MENGETAHUINYA DAN SEBAGAI MENGIGATKAN LAGI BAGI MEREKA YANG TELAH MENGETAHUINYA, KERANA INGAT MENGIGATI DIANTARA SATU SAMA LAIN ADALAH PEKARA YANG DITUNTUT OLEH SYARAK.

DENGAN MEMAHAMI SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN
YANG DIBERIKAN DIDALAM HALAMAN INI, INSHAALLAH DAPATLAH KITA SAMA SAMA MEMUNAFAATKANYA DAN MEMAKAI BATU BATU PERMATA SEBAGAI PERHIASAN MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN JALAN YANG
DIREDAI OLEH ALLAH. 

ADAPUN MAKHLUK GHAIB
YANG TELAH DIJADIKAN OLEH ALLAH HANYA 2 IAITU  JIN DAN MALAIKAT SAHAJA. HANTU, JEMBALANG, TOYOL, ORANG BUNIAN, KHADAM DAN BERBAGAI BAGAI LAGI ADALAH ISTILAH BAGI ORANG ORANG MELAYU MENGENAI MAKHLUK DARI JENIS JIN INI.

( 1 ) PERBEZAAN KEJADIAN MANUSIA DAN JIN

ADAPUN MANUSIA TELAH DIJADIKAN OLEH ALLAH DARIPADA TANAH. SEBAGAI MANA FIRMAN ALLAH YANG BERBUNYI


YANG BERMAKSUD: " DIA LAH YANG MENCIPTA KAMU DARI TANAH, KEMUADIAN IA TENTUKAN AJAL ( KEMATIAN KAMU ) DAN SATU LAGI AJAL YANG TERTENTU DISISI NYA ( IAITU MASA YANG DITETAPKAN UNTUK KAMU DIBANGKITKAN SEMULA PADA HARI KIAMAT ) DALAM PADA ITU,  KAMU MASIH RAGU RAGU ( TENTANG HARI PEMBALASAN )

BAPAK KEPADA MANUSIA ITU ADALAH NABI ALLAH ADAM DENGAN GELARAN KEPADANYA ADALAH ABUL BASHAR. OLEH KERANA MANUSIA DIJADIKAN OLEH ALLAH DARIPADA TANAH, MAKA MANUSIA BOLEH DUDUK DENGAN SENDIRI, DISEBABKAN SIFAT TANAH ITU TIDAK MENUMPANG. OLEH KERANA DISEBABKAN ITU MAKA MANUSIA LEBIH MULIA DARIPADA JIN.

ADAPUN JIN DIJADIKAN DARIPADA LIDAH API YANG SANGAT PANAS SEBAGAI MANA FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AR RAHMAN AYAT 15


YANG BERMAKSUD: " DAN IA TELAH MENCIPTAKAN JIN DARI LIDAH API YANG MENJULANG JULANG "

OLEH YANG DEMIKIAN TIDAK PERLU KITA BERBANGGA DENGAN KEJADIAN JIN. KERANA DISEBABKAN SIFAT API TIDAK BOLEH DUDUK DENGAN SENDIRI. API HIDUPNYA ADALAH MENUMPANG, JIKA SEKIRANYA TIADA BAHAN UNTUK DIBAKARNYA, API TIDAK BOLEH HIDUP.

ADAPUN BAPAK JIN INI PULA ADALAH BERNAMA AZAZIL DENGAN GELARAN JAN ( BERMAKSUD BAPAK JIN ). PADA ASALNYA JAN INI TINGGAL DIDALAM SYURGA. SETELAH ALLAH MENJADIKAN NABI ALLAH ADAM DAN MEMERINTAHKAN PARA MALAIKAT UNTUK SUJUD KEPADA ADAM, HANYA AZAZIL SAHAJA YANG ENGKAR, LALU DILAKNAT OLEH ALLAH TAALA AZAZIL INI DENGAN PANGGILAN IBLIS.


SURAH AL ARAF AYAT 16-17

YANG BERMAKSUD: " IBLIS BERKATA, OLEH KERANA ENGKAU ( WAHAI TUHAN ) MEMYEBABKAN AKU TERSESAT ( MAKA ) DEMI SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENGAMBIL TEMPAT MENGHALANG MEREKA ( DARI MENJALINI ) JALAN MU YANG LURUS ".

" KEMUDIAN AKU AKAN MENDATANGI MEREKA DARI HADAPAN, SERTA DARI BELAKANG MEREKA, DARI KANAN SERTA DARI KIRI MEREKA. DAN ENGKAU TIDAK AKAN DAPATI KEBANYAKAN MEREKA YANG BERSYUKUR ".

IBLIS YANG BERMAKSUD BERPUTUS ASA DENGAN MEMBAWA BERSAMANYA 3 SIFAT IAITU

  1. TIDAK MAHU BERTAUBAT.
  2. TIDAK TAHU MENYENYESAL
  3. TIDAK MAHU MENGAKU BERSALAH
KETAHUILAH BAHAWASANYA TIAP TIAP SYAITAN ATAU IBLIS ITU ADALAH JIN, TETAPI TIDAK SEMESTINYA TIAP TIAP JIN ITU IBLIS, INI TERBUKTI DIDALAM FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL JINN AYAT 14.


YANG BERMAKSUD: " DAN BAHAWASANYA SESUNGGUHNYA ( APABILA DATANGYA AL QURAN, NYATALAH ) ADA DIANTARA KITA GOLONGAN YANG BERAGAMA ISLAM DAN ADA PULA GOLONGAN YANG KUFUR ".

SABDA RASULULLAH YANG BARMAKSUD:  "JANGAN KAMU BERISTINJAK DENGAN TULANG, SESUNGGUHNYA TULANG ITU ADALAH MAKANAN SAUDARA KAMU"  HADIST RIWAYAT AT TARMIZI. HADIS INI JUGA TELAH MEMBUKTIAK BAHAWA ADA DIKALANGAN JIN YANG BERIMAN DENGAN ALLAH.

RUPA BENTUK JIN

JIN MERUPAKAN KEJADIAN YANG AMAT BURUK SEKALI, MALAHAN IANYA LEBIH BURUK LAGI DARIPADA RUPA HANTU YANG SERING KALI DIPERKATAKAN OLEH ORANG. OLEH YANG DEMIKIAN JIN TIDAK DAPAT DILIHAT OLEH MANUSIA RUPA SEBENARNYA. JIKA SEKIRANYA JIN MAMPU DILIHAT OLEH MANUSIA, NUSCAYA MANUSIA AKAN PENGSAN MELIHAT WAJAH JIN, KERANA KEJADIANYA ADALAH AMAT BURUK SEKALI. OLEH ITU JIKA SEKIRANYA ADA DARI KALANGAN KITA YANG MENDAKWA MAMPU MELIHAT JIN, INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN, KERANA ALLAH TELAH BERFIRMAN DIDALAM SURAH AL ARAF AYAT 27. 

SURAH AL ARAF AYAT 27

YANG BERMAKSUD:
" WAHAI ANAK ANAK ADAM ! JANGANLAH KAMU DIPERDAYA OLEH SYAITAN SEBAGAIMANA IA TELAH MENGELUARKAN KEDUA IBU BAPA KAMU DARI DALAM SYURGA, SAMBIL IA MENYEBABKAN TERLUCUTNYA PAKAIAN MEREKA BERDUA UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA AURAT MEREKA ( YANG SEBELUM INI TERTUTUP ) SESUNGGUHNYA SYAITAN DAN KAUMNYA MELIHAT KAMU DENGAN KEADAAN YANG KAMU TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA, SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENJADIKAN SYAITAN ITU TEMAN RAPAT BAGI ORANG ORANG YANG TIDAK BERIMAN ".

TETAPI WALAU BAGAIMANA PUN JIN INI MAMPU UNTUK MENJELMAKAN DIRI DENGAN BERBAGAI BAGAI RUPA. JELMAAN JIN INI MAMPU DILIHAT OLEH MANUSIA, TETAPI DIINGATKAN SEKALI LAGI BAHAWA RUPA SEBENAR JIN INI TIDAK DAPAT KITA LIHAT.

JIN SEPERTI MANA MANUSIA JUGA, MEMPUNYAI DUA TANGAN , DUA KAKI, DUA TELINGA, DUA MATA DAN MEMPUNYAI HIDUNG, DIKALANGAN MEREKA ADA YANG TINGGI DAN ADA YANG RENDAH, ADA YANG BESAR DAN ADA YANG KECIL. JIKA IANYA TINGGI MAKA TERLALU TINGGI DAN JIKA SEKIRANYA RANDAH IANYA TERLALU RENDAH, JIKA BESAR MAKA TERLALU BESAR KEJADIANYA DAN BEGITULAH SEBALIKNYA, SEMENTARA SIFAT TUBUH BADANYA BOLEH MEMANJANG DAN BOLEH MEMENDEK DAN BOLEH MEMBESAR JUGA BOLEH MENGECIL SEBAGAI MANA SIFAT API, KERANA KEJADIANYA ADALAH DARIPADA API. OLEH ITU JIKA TERSEMPAK DENGAN JIN ( HANTU ) DINASIHATKAN AGAR TIDAK LARI, KERANA JIKA KITA LARI PUN IA BOLEH SAMPAI KEPADA KITA KERANA IA BOLEH MEMANJANGKAN BADANYA.

( 2 ) APA ITU JIN, SYAITAN DAN HANTU

DIDALAM SURAH AL AN AM AYAT 112 ALLAH TELAH BERFIRMAN

SURAH AL AN AM 112

YANG BERMAKSUD : " DAN DEMIKIANLAH KAMI JADIKAN BAGI TIAP TIAP NABI ITU MUSUH DARI SYAITAN SYAITAN MANUSIA DAN JIN, SETENGAHNYA MEMBISIKAN KEPADA SETENGTAHNYA YANG LAIN KATA LATA DUSTA YANG INDAH SUSUNANYA UNTUK MEMPERDAYA PENDENGARANYA. DAN JIKA TUHANMU MENGKEHENDAKI , TENTULAH MEREKA TIDAK MELAKUKANYA. OLEH ITU BIARKANLAH MEREKA DAN APA YANG MEREKA ADAKAN ( DARI PERBUATAN YANG KUFUR DAN DUSTA ) ITU.

FIRMAN DARI ALLAH INI TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH SEJENIS PERANGAI DAN IANYA BUKAN SEJENIS MAKHLUK. PERANGAI YANG BURUK ATAU YANG MENGHASUT KEPADA KEJAHATAN ITU DIPANGGIL SYAITAN. JENIS MANUSIA YANG BERPERANGAI BURUK YANG SUKA MENGAJAK KEPADA BERBUAT KEJAHATAN, MAKA MANUSIA ITU ADALAH DARI KALANGAN SYAITAN.

HANTU SEBENARNYA ADALAH JIN. INI KERANA DIDALAM AL QURAN TIADA SATU AYAT PUN YANG MENERANGKAN PERIHAL MENGENAI ALLAH TAALA TELAH MENCIPTAKAN HANTU. HANTU ADALAH ISTILAH ATAU NAMA YANG DIBERIKAN OLEH MANUSIA SAHAJA. SEBAGAI CONTOH JIKA JELMAAN DARIPADA JIN ITU TINGGI MAKA DIPANGGIL HANTU TINGGI, JIKA JELMAAN DARIPADA JIN ITU BESAR IANYA DIPANGIL HANTU RAYA DAN BEGITULAH SEBAGAINYA. OLEH YANG DEMIKIAN, KESIMPULANYA HANTU ITU ADALAH JIN.

( 3 ) DIANTARA JENIS JENIS JIN YANG SERING DISEBUT OLEH ULAMAK.

SABDA RASULULLAH YANG BERBUNYI

لجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ 
وَيَظْعَنُوْنَ 

YANG BERMAKSUD: " JIN ITU MEMPUNYAI 3 GOLONGAN, ADA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI KEPAK, YANG TERBANG KESANA KEMARI ( DIUDARA ), SATU GOLONGAN PULA BERBENTUK ULAR DAN ANJING, MANAKALA GOLONGAN YANG KE 3 ADA YANG TINGGAL SETEMPAT DAN BERPINDAH RANDAH " 

HADIS RIWAYAT AL HAKIM DIDALAM AL MUSTADRAK

IFRIT

NAMA IFRIT PERNAH DISEBUT SEKALI DIDALAM ALQURAN, SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL NAML AYAT 39.


YANG BERMAKSUD: " BERKATALAH IFRIT DARI GOLONGAN JIN, AKU AKAN MEMBAWAKAN KEPADA MU, SEBELUM ENGKAU BANGUN DARI TEMPAT DUDUK MU DAN SESUNGGUHNYA AKU AMATLAH KUAT GAGAH UNTUK MEMBAWANYA LAGI AMANAH "

GOLONGAN JIN JENIS IFRIT  INI DALAH SEJENIS JIN YANG BERSIKAP SOMBONG DAN BONGKAK KUAT DAN TINGGAL DIHUTAN BELANTARA UDARA DAN LAUTAN

MA'ARIJ.

MA'ARIJ INI JUGA PERNAH DISEBUT DIDALAM AL QURAN IAITU DIDALAM SURAH AR RAHMAN AYAT 15 


YANG BERMAKSUD: " DAN IA TELAH MENCIPTAKAN JIN DARI LIDAH API YANG MENJULANG JULANG "

MA'ARIJ INI ADALAH JENIS JIN YANG HAMPIR SAMA KELAKUANYA DENGAN IFRIT, TETAPI DARI SEGI KEKUATANYA TIDAKLAH SEHEBAT IFRIT.

MARID

GOLONGAN INI PULA TINGGAL DIUDARA, HUTAN HUTAN KECIL, POKOK POKOK BESAR, DIDALAM LUBANG, LOMBONG DAN SUNGAI. MARIJ MEMPUNYAI SIKAP YANG HAMPIR HAMPIR SAMA DENGAN MA'ARIJ. NAMA MARID INI JUGA PERNAH DISEBUT DIDALAM SURAH AN NISA AYAT 117


YANG BERMAKSUD: " APA YANG MEREKA SEMBAH YANG LAIN DARI ALLAH ITU, HANYALAH BERHALA BERHALA ( MAKHLUK YANG LEMAH ) DAN MEREKA ( DENGAN YANG DEMIAKIAN ) TIDAK MEYEMBAH MELAINKAN SYAITAN YANG DURHAKA ".

AL AWAMIR

GOLONGAN INI ADALAH JIN YANG SUKA MENUMPANG DAN HIDUP BERSAMA DENGAN MANUSIA, KADANG KADANG IA JUGA TIDUR BERSAMA DENGAN MANUSIA. SESEKALI KITA PERNAH TERDENGAR BUNYI ORANG BERJALAN DIDALAM RUMAH, TETAPI TIADA ORANG YANG DILIHAT BERJALAN, SESUNGGUHNYA KETAHUILAH BAHAWA ITU ADALAH  BUNYI JIN YANG BERJALAN.

ARWAH

ARWAH ADALAH GOLONGAN JIN YANG KECIL, TINGGAL DIDALAM RUMAH BERSAMA MANUSIA ADALAH KEGEMARANYA. GOLONGAN INI SUKA MENGANGU KANAK KANAK ( BABY ) DENGAN MENCUCUK PUSAT KANAK KANAK DENGAN MENGGUNAKAN JARINYA, INI AKAN MENYEBABKAN KANAK KANAK AKAN MENANGIS.

BANGSA JIN JUGA SEBAGAIMANA MANUSIA MEMPUNYAI JENIS LELAKI DAN WANITA SEBAGAI MANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL JINN AYAT 6


YANG BERMAKSUD: " TELAH MENDATANGI BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA MANUSIA KEPADA BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA JIN, ( DENGAN CARA MEMINTA PERTOLONGAN ) SESUNGGUHNYA JIN ITU TELAH MENAMBAHKAN LAGI KESESATAN MEREKA.

DIKUATKAN LAGI RIWAYAT DARIPADA ANAS BIN MALIK BAHAWA RASULULLAH SERING MEMBACA DOA KETIKA MEMASUKI TANDAS DENGAN BACAAN


YANG BERMAKSUD: " YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA GANGGUAN SYAITAN JANTAN DAN SYAITAN BETINA "

BANGSA JIN INI ADALAH MEMPUNYAI KEJADIAN YANG AGAK PELIK. MEREKA JUGA BERANAK PINAK, SEBAGAI MANA SABDA RASULULLAH

 ان الجن يتوالدون كما يتوالد ءادم وهم أكثر عدد

YANG BERMAKSUD: " SESUNGGUHNYA JIN BERANAK PINAK, SEBAGAIMANA ANAK ADAM DAN MEREKA MEMPUNYAI BILANGAN YANG RAMAI" 

AZ ZAMAKHSYARI DIDALAM KITABNYA AL KASYSYAF

PROSES PERSENYAWAAN MEREKA DENGAN HANYA MENYENTUH ALAT KELAMIN MEREKA DAN DENGAN SERTA MERTA PASANGAN MEREKA MENGANDUNG DAN BERANAK, SEMANTARA ANAK YANG DILAHIRKAN ITU ADALAH TERUS MENJADI MUKALLAF. BANGSA JIN MAMPU MELAHIRKAN ANAK MUNGKIN LEBIH DARIPADA SERIBU KETURAN DALAM MASA SETAHUN.

( 4 ) HUKUM BERKAHWIN DENGAN JIN.

JIN BOLEH BERKAHWIN DENGAN MANUSIA. BERBAGAI PENDAPAT ULAMAK MENGENAI HUKUM MENGENAI MANUSIA BERKAHWIN DENGAN JIN. APA YANG JELAS IMAM SYAFIEE MELARANG MENUSIA BERKAHWIN DENGAN JIN DENGAN MENJELASKAN DALIL DARIPADA AL QURAN DARIPADA SURAH AR RUM AYAT 21


YANG BERMAKSUD: " DAN  DIANTARA TANDA TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN NYA DAN RAHMAT NYA, BAHAWA IA MENCIPTAKAN KAMU ( WAHAI KAUM LELAKI  ) ISTERI ISTERI DARI JENIS KAMU SENDIRI, SUPAYA KAMU BERSENANG HATI DAN HIDUP MESRA DENGANYA DIANTARA KAMU ( SUAMI ISTERI ) PERASAAN KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN. SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU MENGANDUNGI KETERANGAN KETERANGAN ( YANG MENIMBULKAN KESEDARAN ) BAGI ORANG ORANG YANG BERFIKIR " .

AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMENTINGKAN NASAB ( KETURUNAN ). JIKA PEREMPUN DARI BANGSA MANUSIA BERKAHWIN DENGAN BANGSA JIN, AKAN MENIMBULKAN BERBAGAI FITNAH BILAMANA PEREMPUAN INI MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK. INI JUGA BOLEH JADI AKAN MEMBERIKAN ALASAN KEPADA WANITA WANITA YANG MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBERI ALASAN APABILA MENGANDUNGKAN ANAK LUAR NIKAH AKAN MEMBERIKAN ALASAN BAHAWA SUAMINYA ADALAH JIN.

OLEH ITU JAUHILAH DARIPADA MENGADAKAN PERNIKAHAN DENGAN MAKHLUK BERBANGSA JIN INI KERANA JUMHUR ULAMAK TELAH MENGATAKAN BAHAWA HUKUM BERKAHWIN DENGAN JIN ADALAH HARAM.

( 5 ) MAKANAN JIN

OLEH KERANA JIN DIJADIKAN DARIPADA API, MAKA MAKANANYA JUGA DIJADIKAN OLEH ALLAH BERASAL DARIPADA API IAITU ASAP. MAKANAN ASASI JINA ADALAH ASAP. SEBAGAI MANA MANUSIA YANG DIJADIKAN DARIPADA TANAH, MAKA MAKANANAN MANUSIA ITU JUGA DIJADIKAN DARIPADA TANAH.

KEMUDIAN PADA ZAMAN RASULULLAH JIN TELAH MENEMUI RASULULLAH, AGAR DITAMBAHKAN MAKANAN UNTUK MEREKA DAN RASULULLAH PUN BERKATA MAKANLAH OLEH KAMU TULANG TULANG. SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH YANG BERMAKSUD; 

" JANGANLAH KAMU BERISTINJAK DENGAN KEDUANYA ( TULANG DAN NAJIS BINATANG ) KERANA KEDUANYA ADALAH MAKANAN SAUDARA KAMU ".

MENURUT ULAMAK TULANG YANG DISEMBELIH OLEH ORANG ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH ADALAH MAKANAN UNTUK JIN ISLAM, SEMENTARA TULANG YANG BINATANG YANG TIDAK DISEMBELIH ITU ADALAH MAKANAN UNTUK JIN KAFIR. MENURUT ULAMAK JUGA MENGATAKAN BAHAWA ALLAH AKAN MENYALUTI TULANG TULANG ITU KEMBALI DENGAN DAGING UNTUK DIMAKAN OLEH BANGSA JIN INI DAN ADA SESETENGAH ULAMA MENGATAKAN JIN INI AKAN MENGHIDU BAU DARIPADA TULANG INI DAN AKAN MERASAI KENYANG, SEMENTARA TAHI BINATANGAN TERNAKAN MANUSIA PULA AKAN MENJADI HIJAU ADALAH MENJADI BINATANG TERNAKAN JIN WALLAHUALAM.

( 6) PERMOHONAN JIN KEPADA ALLAH KETIKA IA MULA DICIPTAKAN

RIWAYAT DARIPADA IBN ABBAS R.A YANG BERMAKSUD: " ALLAH MENCIPTAKAN PEMIMPIN JIN DARIPADA NYALAAN API, KEMUDIAN DIKATAKAN KEPADA JIN YANG BARU DICIPTA ITU, MINTALAH SESUKA HATI MU, MAKA JIN ITU PUN BERKATA, AKU MINTA AGAR AKU DAPAT MELIHAT, TETAPI AKU SENDIRI TIDAK BOLEH DILIHAT, AKU MINTA AGAR AKU DAPAT MASUK KEDALAM BUMI DAN AKU MINTA SUPAYA AKU DIPANJANGKAN USIA DAN MENJADI MUDA SEBELUM MATI ".

OLEH SEBAB ITU JIN 
TIDAK MAMPU DILIHAT OLEH MANUSIA MELAINKAN JELMAANYA SAHAJA SEMENTARA UMURNYA PULA ADALAH TERLALU PANJANG . KETIKA AJALNYA HAMPIR SAMPAI WAJAHNYA AKAN DIMUDAKAN KEMBALI.

( 7 ) UMUR JIN

ADAPUN UMUR JIN INI TERLALU PANJANG SEHINGGA BOLEH MENCECAH LEBIH DARIPADA 5000 TAHUN. KESEMUA KETURUNAN JIN INI AKAN MATI. ADAPUN YANG DIKATAKAN TIDAK MATI MATI ITU ADALAH BAPAK JIN ITU, IAITU AZAZIL SEBAGAIMANA PERMINTANYA KEPADA ALLAH SETELAH IA DILAKNATI OLEH ALLAH DIDALAM SURAH AL HIJR AYAT 36


YANG BERMAKSUD: " IBLIS BERKATA, WAHAI TUHANKU ! JIKA DEMIKIAN, BERILAH TEMPOH KEPADAKU HINGGA KEHARI KEBANGKITAN ( HARI KIAMAT )   


YANG BERMAKSUD: " ALLAH BERFIRMAN, DENGAN PERMOHONAN MU ITU, MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU DARI GOLONGAN YANG DIBERI TEMPOH, HINGGA KEHARI - MASA YANG TERMAKLUM " .

OLEH YANG DEMIKIAN BAPAK JIN INI IAITU DENGAN GELARAN JAAN TIDAK MATI MATI SEHINGGA KEHARI KIAMAT DAN AKAN DIMATIKAN PADA TIUPAN ANGIN SANGKAKALA YANG PERTAMA.

JIN ADALAH SEJENIS MAKHLUK ALLAH YANG BERJISIM. MAKHLUK JIN MEMPUNYAI JISIM YANG SANGAT HALUS. OLEH SEBAB ITU JIN BOLEH DIBUNUH, SEBAGAI CONTOH JIKA MANUSIA MENGARAHKAN JIN INI MASUK KEDALAM SEBUAH BOTOL, KEMUDIAN DIBAKAR BOTOL ITU MAKA JIN ITU AKAN MATI.

DIDALAM ISLAM, 
HUKUM MEMBUNUH JIN ADALAH SAMA HUKUMNYA SEBAGAIMANA MANUSIA MEMBUNUH MANUSIA.

NISBAH JIN DENGAN MANUSIA 
ADALAH SEMBILAN. SEBAGAI CONTOH JIKA MANUSIA ITU SERAMAI 1000 ORANG, MAKA JIN ADALAH SERAMAI 9000.

( 8 ) HUKUM MEMINTA PERTOLONGAN DENGAN JIN

MEMOHON PERTOLONGAN KEPADA JIN ADALAH HARAM LAGI SYIRIK HUKUMNYA. JIKA MATI DIDALAM KEADAAN SYIRIK ADALAH NERAKA SELAMANYA, NANGUZUBILLAHIMINZALIQ. LARANGAN INI TELAH DISEBUT DIDALAM AL QURAN DIDALAM SURAH AL JINN AYAT 6.


YANG BERMAKSUD: " TELAH MENDATANGI BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA MANUSIA KEPADA BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA JIN, ( DENGAN CARA MEMINTA PERTOLONGAN ) SESUNGGUHNYA JIN ITU TELAH MENAMBAHKAN LAGI KESESATAN MEREKA.

JIN SEBENARNYA TIDAK DAPAT MEMBANTU MUNUSIA DIDALAM URUSAN KEHIDUPAN MANUSIA ITU SENDIRI. JIKA ADA DARI KALANGAN MANUSIA YANG BERKATA IA TELAH MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA JIN, ITU ADALAH TIPU MUSLIHAT JIN. INI TELAH DIBUKTIKAN DIDALAM ALQURAN SURAH AL JINN AYAT 21.


YANG BERMAKSUD: " KATAKANLAH LAGI, SESUNGGUHNYA AKU ( JIN ) TIDAK BERKUASA MENDATANGKAN MUDARAT DAN TIDAK JUGA BERKUASA MENDATANGKAN KEBAIKAN BAGI KAMU " 

MELALUI DALIL DUA AYAT AL QURAN DIATAS ADALAH MENJADI SATU KESALAHAN BESAR SEHINGGA MENYEBABKAN SYIRIK BAGI MANUSIA YANG MEMOHON PERTOLONGAN MELALUI TALIAN JIN INI.

ADA SESETENGAH ORANG ATAU BOMOH YANG INGIN MENGHALALKAN PEKARA INI DENGAN MEMBERIKAN ALASAN BAHAWA,

 " JIN ITU ADALAH MAKHLUK ALLAH SEBAGAIMANA MANUSIA JUGA ADALAH MAKHLUK ALLAH. ADALAH TIDAK MENJADI SATU KESALAHAN KITA SESAMA MAKHLUK ALLAH INI BERTOLONG TOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN ".

ADALAH PERLU DIFAHAMI SEDALAM DALAMNYA BAHAWA LARANG INI ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH DAN TELAH MENJADI HUKUM KEPADA UMAT ISLAM BAHAWA MEMOHON PERTOLONGAN MELALUI TALIAN JIN INI ADALAH HARAM LAGI SYIRIK HUKUMNYA. HUKUM TIDAK BOLEH BERUBAH, DULU, KINI DAN DAN SELAMANYA. 

SEBAGAIMANA ALLAH MELARANG MANUSIA MEMAKAN DAGING BABI DIDALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 173.


YANG BERMAKSUD: " SESUNGGUHNYA ALLAH HANYA MENGHARAMKAN KEPADA KAMU MAMAKAN BANGKAI DAN DARAH DAN DAGING BABI DAN BINATANG BINATANG YANG DISEMBELIH TIDAK KERANA ALLAH MAKA SESIAPA TERPAKSA ( MEMAKANYA KERANA DARURAT ) SEDANG IA TIDAK MENGIGININYA DAN TIDAK PULA MELAMPAUI BATAS ( PADA KADAR BENDA YANG DIMAKAN ITU ), MAKA TIDAKLAH IA BERDOSA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.

JIKA DIFIKIRKAN SECARA LAHIRNYA, TIADA ADA PERBEZAAN YANG BESAR DIANTARA  KERBAU DENGAN BABI, TETAPI KERBAU HALAL DIMAKAN DAGINGNYA SEMENTARA BABI TELAH MENJADI HUKUM DARI ALLAH, HARAM MEMAKAN DAGINGNYA. SEKALI LAGI DIINGATKAN DISINI MEMOHON PERTOLONGAN MELALUI TALIAN JIN ITU ADALAH HARAM KERANA IANYA ADALAH SATU HUKUM YANG DATANG DARI ALLAH SEBAGAIMANA ALLAH MENGHARAMKAN DAGING BABI KEPADA UMAT ISLAM.

( 9 ) KEMAMPUAN MANUSIA UNTUK MENUNDUKAN JIN

MANUSIA SEBENARNYA MAMPU UNTUK MENUNDUKAN MAKHLUK JIN INI DENGAN MENGUNAKAN AYAT AYAT SUCI AL QURAN YANG TERTENTU, MELALUI BACAAN DENGAN SEBUTAN YANG TEPAT DAN TAJWED YANG BETUL.

MANUSIA JUGA MAMPU MANGARAHKAN JIN. HUKUM MENGARAHKAN JIN INI ADALAH HARUS DAN TIDAK DALAM BENTUK UNTUK KEPENTINGAN DIRI. SEBAGAI CONTOH SESEORANG YANG TELAH MEMPUNYAI KELEBIHAN UNTUK MENGUASAI JIN, MAKA BELIAU TELAH MENGISLAMKAN JIN ITU LALU MENGARAHKAN JIN ITU PERGI KEMEKAH UNTUK BERTAWAF, INI ADALAH DIHARUSKAN DAN BUKANLAH PEKARA YANG MUSTAHIL UNTUK JIN PERGI KE MEKAH UNTUK BERTAWAF DENGAN SEKELIP MATA, KERANA JIN MAMPU MERENTAS WAKTU DENGAN PANTAS.

KEPANTASAN PERGERAKAN JIN INI TELAH DIBUKTIKAN DIDALAM AL QURAN SURAH AL NAML AYAT 39.


YANG BERMAKSUD: " BERKATALAH IFRIT DARI GOLONGAN JIN, AKU AKAN MEMBAWAKAN KEPADA MU, SEBELUM ENGKAU BANGUN DARI TEMPAT DUDUK MU DAN SESUNGGUHNYA AKU AMATLAH KUAT GAGAH UNTUK MEMBAWANYA LAGI AMANAH "

( 10 ) KEMAMPUAN JIN HIDUP DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA

MAKHLUK JIN INI MAMPU UNTUK HIDUP DIDALAM TUBUH BADAN SESEORANG MANUSIA ITU. JIN INI JUGA MAMPU UNTUK MEMASUKI KEDALAM SALUR DARAH MANUSIA LALU MERESAP SEHINGGA KEDALAM OTAK MANUSIA DAN IA AKAN MENGUASAI OTAK MANUSIA ITU.

SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH SAW RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM YANG BERMAKSUD: " SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ( MAMPU ) BERGERAK ( DIDALAM TUBUH BADAN ) SESEORANG MANUSIA ( MELALUI ) SALURAN SALURAN DARAH ".

JIN BOLEH BERANAK PINAK DIDALAM TUBUH BADAN SESEORANG YANG DIMASUKINYA, KADANG KADANG IA BOLEH MEMBIAK SEHINGGA BERATUS RATUS AKOR DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA.

( 11 ) JIN TIDAK MENGETAHUI AKAN PEKARA PEKARA YANG GHAIB

JIN SEBENARNYA TIDAK DAPAT MENGETAHUI AKAN PEKARA PEKARA YANG GHAIB. INI TELAH DIBUKTIKAN DIDALAM AL QURAN SURAH AL JINN AYAT 26.


YANG BERMAKSUD: " TUHAN SAHAJA YANG MENGETAHUI SEGALA PEKARA YANG GHAIB, MAKA IA TIDAK MEMBERITAHU PEKARA YANG GHAIB YANG DIKETAHUINYA ITU KEPADA SESIAPA PUN ".

SEBAGAI BUKTI BUKTI YANG LAIN YANG TELAH DICERITAKAN DIDALAM AL QURAN SURAH SABA' AYAT 14.


YANG BERMAKSUD: " SETELAH KAMI TETAPKAN BERLAKUNYA KEMATIAN NABI SULAIMAN, TIDAK ADA YANG MENUNJUKAN KEPADA MEREKA TENTANG KEMATIANYA MELAINKAN SEMUT PUTIH ( ANAI ANAI ) YANG TELAH MEMAKAN TONGKATNYA. MAKA APABILA IA TUMBANG, TERNYATALAH KEPADA GOLONGAN JIN ITU, BAHAWA KALAULAH MEREKA SEDIA, MENGETAHUI PEKARA YANG GHAIB NUSCAYA MEREKA TINGGALKAN SEDEMIKIAN LAMANYA DIDALAM AZAB ( KERJA BERAT ) YANG MENGHINA ". 

DALIL DARI AL QURAN DIATAS ADALAH BUKTI BESAR BAHAWA JIN TIDAK MENGETAHUI AKAN PEKARA PEKARA YANG GHAIB, SEDANGKAN NABI ALLAH SULAIMAN TELAH LAMA WAFAT DIHADAPAN MATA MEREKA SENDIRI, MALAHAN BUKAN SEEKOR JIN YANG MENYAKSIKAN PERISTIWA INI, BERIBU RIBU EKOR JIN SEHINGGAKAN SEEKOR JIN PUN TIDAK DAPAT MENGESAN BAHAWA NABI ALLAH SULAIMAN TELAH LAMA WAFAT.

JIKA SEKIRANYA JIN MAMPU MENGUASAI AKAN PEKARA PEKARA YANG GHAIB, PASTILAH SHARLINI SEORANG BUDAK PEREMPUAN YANG HILANG DAPAT DITEMUI DENGAN MUDAH OLEH BOMOH ATAU PAWANG YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN, TERNYATA SEHINGGA KEHARI INI SHARLINI ATAUPUN TULANG BAGI MAYAT DATO' SUSILAWATI YANG MATI DIBUNUH MASIH BELUM LAGI DITEMUI, WALAUPUN BERBAGAI USAHA DENGAN MENGGUNAKAN KIDMAT BOMOH ATAU PAWANG, NAMUN TERNYATA GAGAL SEHINGGA KEHARI INI.

( 12 ) HUKUM BOMOH ATAU PAWANG YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN

SESEORANG BOMOH ATAU PAWANG YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN, SERTA ORANG ORANG YANG DATANG BERUBAT DENGAN BOMOH ATAU PAWANG INI ADALAH SYIRIK. INI TELAH DIBUKTIKAN DIDALAM AL QURAN SURAH AL JINN AYAT 6.


YANG BERMAKSUD: " TELAH MENDATANGI BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA MANUSIA KEPADA BEBERAPA LAKI LAKI DARIPADA BANGSA JIN, ( DENGAN CARA MEMINTA PERTOLONGAN ) SESUNGGUHNYA JIN ITU TELAH MENAMBAHKAN LAGI KESESATAN MEREKA.

( 13 ) TANDA TANDA BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN.

  1. BERTANYAKAN NAMA IBU PESAKIT DALAM SESI PENGUBATANYA.
  2. MENGGUNAKAN KEMIYAN.
  3. MENGGUNAKAN KAIN YANG BERWARNA HITAM, MERAH DAN KUNING.
  4. MENURUN ( TIDAK SEDARKAN DIRI BERCAKAP DENGAN NADA SUARA ORANG LAIN.
  5. MENYEMBELIH BINATANG AYAM ATAU KAMBING.
  6. BERJAMU.
  7. BERANCAK ( SATU UPACARA YANG DILAKUKAN PADA WAKTU SENJA DENGAN MENGGUNAKAN BULUH DAN KEMIYAN )
BEGITULAH DIANTARA TANDA TANDA KEBANYAKAN BOMOH YANG MENGGUNAKAN PERHIDMATAN JIN DIDALAM SESI PENGUBATAN MEREKA.

( 14 ) PEMBEDAHAN SECARA BATIN OLEH BOMOH.

ADA SESETENGAH BOMOH DENGAN ILMU YANG DIPELAJARINYA IA MAMPU MEMBUAT PEMBEDAHAN KEPADA SESEORANG PESAKIT. PEMBEDAHAN INI DINAMAKAN PEMBEDAHAN SECARA BATIN. PEMBEDAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH BOMOH BOMOH INI KEPADA PESAKIT MEREKA SEPERTI MELAKUKAN PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG, MATA, JANTUNG DAN JUGA MENUKAR ORGAN ORGAN TERTENTU DIDALAM TUBUH BADAN SESEORANG PESAKIT.

KEBIASAAN BOMOH YANG SEBEGINI SERING MEMPERKENALKAN DIRI MEREKA SEBAGAI USTAZ. GOLONGAN BOMOH YANG SEBEGINI SERING BERCAKAP MENGENAI HUKUM HAKAM DAN HALAL, HARAM BAGI MENGKABURI MATA ORANG RAMAI DAN ORANG RAMAI AKAN MENYANGKAN MEREKA INI ADALAH BENAR BENAR USTAZ. SEBENARNYA MEREKA INI ADALAH DARI KALANGAN BOMOH ATAU PAWANG YANG MENGGUNAKAN KIDMAT JIN YANG DIISTILAHKAN SEBAGAI KHADAM.

DINASIHATKAN KEPADA ANDA YANG DIKASIHI, WALAU BAGAIMANA HEBAT SEKALI PUN DIBERITAKAN BOMOH ITU KEPADA KITA, MAKA JANGANLAH SESEKALI KITA MENDATANGI KEPADA MEREKA UNTUK MELAKUKAN SEBARANG PERUBATAN, KERANA BARANG SESIAPA YANG MENDATANGAI KEPADA MEREKA INI ADALAH  SYIRIK HUKUMNYA. BERIKHTIARLAH DENGAN CARA YANG LAIN DAN YAKINILAH BAHAWA, JIKA UMUR KITA MASIH LAGI PANJANG, PASTI ALLAH AKAN MEMPERTEMUKAN KEPADA KITA AKAN SESUATU UBAT YANG BAKAL MENYEMBUHKAN PENYAKIT YANG KITA ALAMI ITU.

( 15 ) TIPU HELAH JIN YANG MENYAMAR SEBAGAI ROH ORANG TELAH MENINGGAL.

ADA SESETENGAN BOMOH PULA
 MENDAKWA MAMPU MEMANGGIL ROH SESEORANG YANG 
TELAH MENINGGAL DUNIA. SEBAGAI CONTOH MEREKA DIKATAKAN MAMPU MEMANGGIL ROH PANGLIMA HITAM, ROH HANG TUAH, ROH PENDEKAR PENDEKAR YANG TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA, MALAH LEBIH DASHAT LAGI MEREKA
INI MAMPU MEMANGGIL ROH ROH PARA WALI ALLAH UNTUK 
DATANG MENGADAP KEPADA MEREKA.

KEBANYAKAN BOMOH YANG MENDAKWA 
MAMPU MEMANGGIL ROH ROH INI DIBERITAKAN TIDAK
MELAKUKAN IBADAT, JUGA TIDAK MELAKUKAN SOLAT DISURAU ATAU MASJID ,TETAPI MENGAKU MAMPU MEMANGGIL ROH ROH PARA WALI ALLAH, APAKAH DARJAT ORANG ORANG SEBEGINI LEBIH TINGGI DARIPADA WALI WALI ALLAH 
INI, SEHINGGA BEGITU MUDAH UNTUKMEMANGGILROH ROH 
PARA WALI INI DATANG MENGADAP
 KEPADA MEREKA ?

UNTUK ANDA YANG SAYA KASIHI, KETAHUILAH SESUNGGUHNYA ROH ORANG ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ITU ADALAH TIDAK MAMPU DIPANGGIL OLEH SESIAPA PUN. INI TELAH TERBUKTI DIDALAM AL QURAN, SURAH AL MUKMINUN AYAT 99 HINGGA AYAT 100.


YANG BERMAKSUD: " YA ALLAH YA TUHAN KU, KEMBALIKANLAH AKU KEDUNIA KU, AGAR DAPAT AKU MENGERJAKAN AMALAN YANG TELAH LAMA AKU TINGGALKAN . SESEKALI TIDAK SESUNGGUHNYA DIBELAKANG MEREKA ADA BENTENG SEHINGGA DIHARI KEBANGKITAN. 

DENGAN DALIL DARIPADA AL QURAN DIATAS, DAPATLAH KITA YAKINI BAHAWA ROH ORANG ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA ITU ADALAH HAK MUTLAK ALLAH TAALA, TIADA SIAPA YANG MAMPU UNTUK MEMANGGIL ROH ROH INI KEMBALI KEDUNIA, APALAGI DIDALAM MEMBANTU URUSAN PERUBATAN MEREKA.

MENGENAI ROH PARA WALI ITU PASTILAH TELAH DITEMPATKAN 
OLEH ALLAH DISINGAH SANA YANG INDAH DAN MENYERONOKAN. SEBAGAIMANA MUNGKAR DAN NAKIR BERKATA KEPADA SETIAP HAMBA ALLAH YANG 
TERLEPAS DARIPADA MENJAWAB SEGALA SOALANYA,

" TIDURLAH KAMU SEPERTI TIDURNYA PENGANTIN BARU " 

 SELEPAS ITU DILUASKAN KUBURNYA SEJAUH MATA MEMANDANG DAN KEMUDIAN DITIUPKAN BAYU DARI SYURGA KEDALAM SINGGAH SANA 
KUBURNYA.

INI ADALAH MENGGAMBARKAN KEPADA KITA 
BETAPA INDAHNYA MEREKA YANG MENINGGAL DUNIA DIDALAM IMAN DAN MASAKAN ROH MEREKA YANG TELAH DITEMPATKAN OLEH ALLAH, DENGAN SINGAH SANA YANG BEGINI INDAH BOLEH DIPANGGIL OLEH SESEORANG BOMOH. MASAKAN MEREKA MAHU MENINGGALKAN SINGAH SANA MEREKA HANYA SEMATA MATA UNTUK MEMBANTU BOMOH BOMOH INI UNTUK MELAKUKAN 
DUSTA DIMUKA BUMI INI. 

SEBAGAI LOGIK DARI SEGI AKAL MANUSIA HARI INI, 
PENDATANG PENDATANG DARI MANA MANA NEGARA YANG MISKIN, YANG TELAH BERHIJRAH DATANG KE MALYSIA, JUGA TIDAK MAHU MENINGGALKAN NEGARA MALAYSIA INI UNTUK PULANG KENARA ASAL MEREKA, HANYA SEMATA MATA INDAHNYA MALAYSIA. 

INIKAN PULA ROH ORANG ORANG YANG TELAH DITEMPATKAN OLEH ALLAH  DIPINTU SYURGA, MASAKAN MAHU PULANG KEMUKA BUMI INI HANYA UNTUK BERURUSAN MEMBANTU BOMOH BOMOH UNTUK MELAKUKAN DUSTA DIMUKA BUMI INI, SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJELASKAN DIATAS TADI.

ADAPU YANG DATANG KETIKA DISERU OLEH BOMOH ATAU 
PAWANG YANG BERDUSTA INI ADALAH YANG DISEBUT QORIN.

16 ) QORIN

QORIN ADALAH MAKHLUK YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH 
DARIPADA BANGSA JIN YANG MENJADI KEMBAR KEPADA SETIAP MANUSIA YANG LAHIR KEDUNIA INI.

FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AZ ZUKHRUF AYAT 36 - 37


YANG BERMAKSUD: " BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGINDAHKAN PENGAJARAN AL QURAN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH YANG MAHA PEMURAH,KAMI AKAN ADAKAN BAGINYA SYAITAN YANG MENGHASUT DAN MENYESATKAN, LALU MENJADILAH SYAITAN ITU TEMAN YANG TIDAK RENGGANG DARIPADANYA.

DAN SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU TETAP MENGHALANG MEREKA DARI JALAN YANG BENAR, SEDANGKAN MEREKA MENYANGKA BAHAWA MEREKA ORANG ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK ".

SABDA NABI SAW  " ما منكم من أحد إلاوقد وكل به قرينه من الجن "

YANG BERMAKSUD " SETIAP ORANG DIANTARA KAMU TELAH DIUTUSKAN UNTUKNYA SEORANG QORIN ( PENDAPING ) DARI GOLONGAN JIN " . ( HADIS RIWAYAT MUSLIM ).

DIDALAM HADIS LAIN RASULULLAH PULA BERSABDA YANG MAKSUDNYA

" AKU DILEBIHKAN DARIPADA NABI ADAM DENGAN DUA PEKARA, IAITU PERTAMA SYAITANKU KAFIR ( QORIN ) LALU ALLAH MENOLONG AKU SEHINGGA DIA ISLAM. KEDUA PARA ISTERIKU MEMBANTU DAKU, TETAPI SYAITAN NABI ADAM TETAP KAFIR DAN ISTERINYA MEMBANTU IA MEMBUAT KESALAHAN " ( HADIS RIWAYAT BAIHAQI ).

DIDALAM HADIS YANG LAIN LAGI RASULULLAH TELAH BERSABDA DENGAN MAKSUDNYA

" AISYAH RA MENCERITAKAN BAHAWA SUATU MALAM RASULULLAH SAW KELUAR DARI RUMAHNYA ( AISYAH ), LALU AISYAH BERKATA " AKU MERASA CEMBURU " TIBA TIBA BAGINDA SAW BERPATAH BALIK DAN BERTANYA, " WAHAI AISYAH APA SUDAH JADI, APAKAH ENGKAU CEMBURU ? " AKU BERKATA. " BAGAIMANA AKU TIDAK CEMBURU YANG SEUMPAMA ENGKAU YA RASULULLAH " SABDA BAGINDA SAW, " APAKAH ENGKAU TELAH DIKUASAI SYAITAN ? " AKU BERTANYA, " APAKAH AKU ADA SYAITAN ? " SABDA BAGINDA SAW, " SETIAP INSAN ADA SYAITAN IAITU QORIN " AKU BERTANYA LAGI, " ADAKAH ENGKAU PUN ADA SYAITAN YA RASULULLAH ? " JAWAB BAGINDA, " YA, TETAPI ALLAH MEMBANTUKU SEHINGGA QORIN KU TELAH MASUK ISLAM " ( HADIS RIWAYAT MUSLIM ).

DARI DALIL AL QURAN DAN HADIS HADIS RASULULLAH 
TELAH MENUNJUKAN KEPADA KITA BAHAWA QORIN IAITU KEMBAR YANG DIJADIKAN OLEH ALLAH KEPADA SETIAP MANUSIA ADALAH SYAITAN DARIPADA BANGSA JIN, MELAINKAN QORIN RASULULLAH SAHAJA YANG DAPAT DI ISLAMKAN MELALUI PERTOLONGAN ALLAH.

17) MENGGUNAKAN QORIN DIDALAM KAEDAH PERBOMOHAN

QORIN YANG LAHIR BERSAMA MANUSIA YANG MENJADI KEMBAR KEPADA MANUSIA INI ADALAH SEBENAR BENARNYA JIN DAN BERSIFAT SEBAGAIMANA JIN JIN YANG LAIN. QORIN INI JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MEMPUNYAI UMUR YANG SANGAT PANJANG SEBAGAI MANA UMUR JIN YANG LAIN JUGA. QARIN INI SENTIASA MEMBISIKAN KEPADA PEKARA PEKARA YANG KEJAHATAN KEPADA KEMBARNYA (MANUSIA ) KERANA IANYA ADALAH SYAITAN LAKNATULLAH.

APABILA QORIN YANG DISERU ( DIPANGGIL ) 
OLEH BOMOH ATAU PAWANG, IANYA AKAN DATANG KEPADA BOMOH DAN PAWANG INI LALU MERESAP KEDALAM TUBUH MEREKA DAN MENGAKU SEBAGAI ROH ORANG ORANG YANG TELAH LAMA MATI. SEBAGAI CONTOH YANG SERING DIGUNAKAN OLEH BOMOH DAN PAWANG INI ADALAH  ROH ORANG ORANG YANG HEBAT HEBAT SEPERTI ROH PANGLIMA HITAM, ROH HANG TUAH, ROH MAT KILAU DAN LEBIH DAHSYAT LAGI ADALAH ROH DARI KALANGAN PARA WALI ALLAH.

SESUNGGUHNYA PERLU SAYA INGATKAN SEKALI LAGI DISINI BAHAWA ROH ORANG YANG TELAH MENINGGAL TIDAK AKAN KEMBALI LAGI KEDUNIA INI SEBAGAI MANA FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL MUKMINUN AYAT 99 - 100 


YANG BERMAKSUD: " YA ALLAH YA TUHAN KU, KEMBALIKANLAH AKU KEDUNIA KU, AGAR DAPAT AKU MENGERJAKAN AMALAN YANG TELAH LAMA AKU TINGGALKAN . SESEKALI TIDAK SESUNGGUHNYA DIBELAKANG MEREKA ADA BENTENG SEHINGGA DIHARI KEBANGKITAN" .

DENGAN KITA MEMAHAMI SIAPA ITU QORIN 
DAN APA ITU QORIN MAKA TIDAK HAIRANLAH OLEH KITA BAHAWA ADA DIKALANGAN BOMOH ATAU PAWANG YANG BOLEH MENCERITAKAN SEJARAH ANDA DIMASA SILAM, KERANA MAKLUMAT INI DIPEROLEHI OLEH BOMOH ATAU PAWANG INI DARI PADA QORIN ANDA SENDIRI ATAU MELALUI JIN JIN YANG HIDUP DIPERSEKITARAN DENGAN ANDA, YANG MENGETAHUI AKAN PERJALANAN HIDUP ANDA ( JANGAN TAKJUB KEPADA MANA MANA BOMOH ATAU PAWANG JIKA ANDA MELALUI PENGALAMAN INI ). JIKA SEKIRA JIN YANG TIDAK MENGNALI DIRI ANDA ATAU BUKAN DARIPADA QORIN ANDA SENDIRI YANG DIPANGGIL OLEH BOMOH ATAU PAWANG ITU PASTIYA BOMOH ATAU PAWANG YANG ANDA TEMUI ITU TIDAK DAPAT MENCERITAKAN SEJARAH MENGENAI ANDA. KETAHUILAH OLEH KITA BAHAWA JIN TIDAK MENGETAHUI AKAN PEKARA PEKARA YANG GHAIB.

DENGAN PENJELASAN YANG SEBA RINGKAS INI, 
SAYA HARAP DAPAT SEDIKIT SEBANYAK KITA MEMAHAMI MENGENAI JIN, SYAITAN DAN HANTU ATAU KHADAM YANG SERING DISEBUT SEBUT DAN SERING JUGA DIKAITKAN OLEH MASYARAKT MELAYU ( MUSLIM )  DIDALAM MEMILIH BATU BATU PERMATA.( BERKEHENDAKAN YANG MEMPUNYAI KHADAM KONONYA ).  SESUNGGUHNYA SETELAH ANDA MEMBACA ISI KANDUNG DIDALAM HALAMAN BLOG INI KETAHUILAH BAHAWA HUKUM BERKHADAM ITU ADALAH SYIRIK, TIDAK KIRA SAMADA JIN ATAU KHADAM ITU ISLAM ATAU PUN KAFIR, HUKUM BERKHADAM ITU TETAP SYIRIK, JIKA MATI DIDALAM KEADAAN SYIRIK MAKA NERAKA JAHANAM SELAMANYA. NANGUZUBILLAHIMINZALIQ.

SESUNGGUHNYA KETAHUILAH DAN FAHAMILAH BAHAWASANYA
 JIN, HANTU, SYAITAN, KHADAM DAN SEBAGAINYA ITU ADALAH DARIPADA KUMPULAN YANG SAMA.

SEGALA YANG KURANG ADALAH DATANGNYA DARIPADA SAYA SEMENTARA YANG SEMPURNA ITU ADALAH DARIPADA ALLAH SWT. JIKA ADA KESILAPAN DIDALAM PENJELASAN SAYA DISINI DIHARAPKAN DAPAT MENGHUBUNGI SAYA MELALUI HALAMAN FACEBOOK SAYA ATAU EMAILKAN KEPADA SAYA  www.neikizam@ymail.com AGAR DAPAT SAYA PERBETULKAN TULISAN SAYA DISINI UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA INSHAALLAH.

WALLAHUALAM.

No comments:

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
KIOSK BATU CINCIN

TEL 010 8686064 - NEIK
EMAIL: www.neikizam@ymail.com

KEPADA PENGUNJUNG PENGUNJUNG LAMAN WEB INI...SILA ADD SAYA DI:-

TWITTER www.ikizam@twitter.com
BLACKBERRY MASENGER PIN 2613FD5E

TULISKAN COMMENT ANDA MENGENAI WEB INI AGAR DAPAT DIPERBAIKI SEGALA KELEMAHAN.

LETAKNYA KIOSK BATU CINCIN.

KIOSK BATU CINCIN TERLETAK DI BERSEBELAHAN CIMB BANK SEK 18 SHAH ALAM.

BERKUNJUNGLAH KE KIOSK BATU CINCIN YANG MANA PASTINYA AKAN TERPESONA MELIHAT BERANIKA JENIS CINCIN YANG BERTATAHKAN DENGAN BERBAGAI JENIS BATU PERMATA DENGAN HARGA "MAMPU MILIK"

ANDA BERMASALAH UNTUK MENDAPATKAN CINCIN UNTUK SIMANJA ANDA...?

ANDA BERMASALAH UNTUK MENDAPATKAN CINCIN UNTUK SIMANJA ANDA...?
JIKA BERMASALAH UNTUK MENDAPATKAN BARANG SEBENTUK CINCIN UNTUK SIMANJA ANDA,BERKUNJUNGLAH KE KIOSK BATU CINCIN PASTINYA ANDA AKAN MENEMUI SEBENTUK CINCIN YANG SESUAI UNTUK SIMANJA ANDA.

ADAKAH ANDA JUGA BERMASALAH UNTUK MEMASANG BATU PERMATA KESAYANGAN ANDA...?

ADAKAH ANDA JUGA BERMASALAH UNTUK MEMASANG BATU PERMATA KESAYANGAN ANDA...?
JIKA ANDA MEMPUNYAI BATU PERMATA KESAYANGAN YANG LAMA TERSIMPAN,BERKUNJUNGLAH KE KIOSK BATU CINCIN DAN AKAN MENEMUKAN BERANIKA BINGKAI CINCIN DARIPADA JENIS SILVER,STAINLESS STELL,KUNINGAN DAN PERAK ASAM.ANDA TIDAK PERLU MENUNGGU HARI ESOK UNTUK MEMPERAGAKAN PERMATA KESAYANGAN ANDA ITU.

TAHUKAH ANDA TENTANG CINCIN KAYU ERA BARU...?

TAHUKAH ANDA TENTANG CINCIN KAYU ERA BARU...?
CINCIN KAYU ERA BARU ADALAH CINCIN DENGAN BERPERMATAKAN DARIPADA CAMPURAN KAYU KAYU YANG BERKHASIAT,HASIL OLAHAN OLEH PENGASAS KIOSK BATU CINCIN SENDIRI IAITU EN NEIK.

ANDA INGIN BERGAYA DENGAN LOKET KAYU ERA BARU,DISAMPING MENDAPAT MUNAFAAT DARIPADANYA...?

ANDA INGIN BERGAYA DENGAN LOKET KAYU ERA BARU,DISAMPING MENDAPAT MUNAFAAT DARIPADANYA...?
KIOSK BATU CINCIN ADA MEMBUAT DAN MENJUAL LOKET LOKET DENGAN BERPERMATAKAN DARIPADA KAYU KAYU CAMPUR YANG BERKHASIAT,CANTIK LAGI MENARIK UNTUK ANDA.

ANDA INGIN MEMILIKI WAFAK...?

KIOSK BATU CINCIN ADA MENYEDIAKAN BERBAGAI JENIS WAFAK SEPERTI WAFAK LENGKAP,WAFAK PELARIS,WAFAK BENTENG DAN SEBAGAINYA UNTUK DIMAHARKAN KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT.

BARANG BARANG MISTIK

JIKA ANDA ADALAH SEORANG PEMINAT ATAU PENGUMPUL BARANG BARANG MISTIK,BOLEHLAH BERKUNJUNG KE KIOSK BATU CINCIN UNTUK MELIHAT SESUATU YANG MUNGKIN BOLEH ANDA MILIKI.

BATU LIPAN

BATU LIPAN
kIOSK BATU CINCIN ADA MENEMPATKAN 2 BIJI BATU LIPAN SEBAGAIMANA YANG DICARI CARI ORANG.

ADAKAH ANDA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MENGUNJUNGI KIOSK BATU CINCIN...?

JIKA ANDA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MENGUNJUNGGI KIOSK BATU CINCIN,MUNGKIN ANDA BERADA JAUH...ANDA BOLEH MENGHANTAR PESANAN MELALUI EMAIL www.neikizam@ymail.com

KIOSK BATU CINCIN AKAN MENGHANTAR SEGALA PESANAN ANDA MELALUI POS LAJU ATAU MELALUI PERHIDMATAN COURIER SERVIS.

BATU PERMATA YANG BERTUAH MENGIKUT BULAN KELAHIRAN ANDA.

DI KIOSK BATU CINCIN,ANDA BOLEH PULANG DENGAN SEBENTUK CINCIN DIJARI ANDA,DENGAN BATU PERMATA BERTUAH MENGIKUT BULAN KELAHIRAN ANDA.

JANUARY.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,PERMATA GANET ATAU PUN ALEXANDRITE.

ALEXANDRITE.

ALEXANDRITE.

FEBRUARY.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,AMETHSYT (KECUBONG).

KECUBUNG

KECUBUNG

MARCH.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,AQUAMARINE ATAU BLOODSTONE.

AQUAMARIN

AQUAMARIN

APRIL.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,DIAMOND ATAU SHAPIRE.

DIAMOND

DIAMOND

MAY.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,EMRALD.

EMRALD

EMRALD

JUNE.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,CAT EYE ATAU PEARLS.

JULY.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,RUBY ATAU RUBY STAR.

RUBY

RUBY

OGOS.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,ZIRCON ATAU PARIDOT.

ZIRCON

ZIRCON

SEPTEMBER.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,BLUE SAPHIRE ATAU BLACK STAR.

BLUE SAPHIRE

BLUE SAPHIRE

OCTOBER.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH.OPAL ATAU MOONSTONE.

OPAL

OPAL

NOVEMBER.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,TOPAZ.

DESEMBER.

PERMATA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA IALAH,TURQUISE (FIRUS) ATAU STAR STONE.

TURQUISE

TURQUISE