HALAMAN

Monday, September 10, 2012

BEBERAPA PERMATA YANG DICANAI OLEH KIOSK BATU CINCIN

ASSALAMUALAIKUM 
KEPADA SEMUA PEMINAT PEMINAT CINCIN DAN BATU PERMATA 
YANG DIKASIHI. DARI KIOSK BATU CINCIN KALI INI MEMAPARKAN BEBERAPA JENIS CINCIN DAN BATU PERMATA SEBAGAI TATAPAN 
ANDA.

CINCIN DAN PERMATA YANG DIPAPARKAN INI
 ADALAH YANG TERBARU DAN BERSEDIA UNTUK DITEMUKAN JODOHNYA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT INSHAALLAH.

( 1 ) AGATE AIR


DIATAS ADALAH SEBUTIR PERMATA DARI JENIS AGATE AIR SEBERAT 22 CARAT DENGAN POTONGAN CABOCHON YANG AGAK MEMANJANG, TELAH DIIKAT DENGAN BINGKAI CINCIN DARI JENIS PERAK ( SILVER ) KELANTAN. WARNA PUTIH KEKUNINGAN PADA AGATE DITAMBAH DENGAN BENTUK CABOCHON INI TELAH MEMBUATKAN CINCIN INI BEGITU SEGAK UNTUK LELAKI YANG BERBADAN SASA YANG MEMILIKI KULIT YANG AGAK CERAH. CINCIN DENGAN BENTUK YANG SEBEGINI AMAT SESUAI UNTUK DIPAKAI KEMANA SAHAJA.

KHASIAT AGATE AIR

AGATE AIR YANG MEMPUNYAI SIFAT YANG SEJUK AMAT SESUAI DIPAKAI OLEH ORANG ORANG YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN, PANAS BARAN DAN SEMENTARA MEREKA YANG MEMPUNYAI RUMAH TANGGA YANG SERING BERGOLAK, AGATE AIR ADALAH PILIHAN TERBAIK AMAT UNTUK DIPAKAI OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI ITU.

( 2 ) BATU LELEH API


DIATAS ADALAH SEBENTUK CINCIN 
DARIPADA BINGKAI JENIS KUNINGAN  ( COPPER NICKEL ) TAHAN KARAT SEMENTARA WARNANYA TIDAK TANGGAL BAHKAN BOLEH DIKILATKAN SEBAGAIMANA PERAK 
( SILVER ), DENGAN BERTATAHKAN PERMATA DARIPADA 
BATU LELEH API.

NAMA BATU LELEH API 
DIAMBIL  BERSEMPENA DARIPADA WARNANYA YANG 
KEMERAHAN DAN SEMENTARA BAHAGIAN YANG BEWARNA MERAH ITU ADALAH TERLALU AMAT KERAS. SEKILAS PANDANG PERMATA LELEH API INI KELIHATAN SEPERTI PERMATA AGATE PANCAWARNA BIASA. SEBAGAI MAKLUMAT KEPADA SAHABAT SAHABAT  BATU LELEH API, ADALAH DIANTARA BATU PERMATA YANG AMAT SUKAR UNTUK DITEMUI. TIDAK SEMUA KAWASAN YANG TERDAPAT BATU LELEH MEMPUNYAI BATU LELEH JENIS INI.


DIATAS INI PULA ADALAH SEJENIS BATU LELEH 
YANG JUGA DIKANALI SEBAGAI BATU LELEH API. BATU LELEH API MEMPUNYAI WARNA YANG AGAK UNIK, SEMENTARA BATU LELEH BIASA HANYA MEMPUNYAI SIFAT WARNANYA YANG HANYA HITAM DAN BERKILAT.

KEPADA SAHABAT YANG DIHORMATI, 
ANDA BOLEH  MENDAPATKAN INFO MENGENAI BATU LELEH DAN MENGETAHUI AKAN KHASIAT BATU LELEH INI DENGAN KELIK DISINI.

ANDA JUGA BOLEH MEMLIHAT VIDEO BAGAIMANA BATU LELEH DARIPADA BUNGKAH TELAH DICANAI SEHINGGA MENJADI SEBUTIR PERMATA KEPADA SEBENTUK CINCIN  DENGAN KELIK DISINI.

( 3 ) AUSTRALIAN OPAL


DIATAS INI ADALAH SEBENTUK CINCIN PERAK ( SILVER ) KELANTAN YANG TELAH SIAP BERTATAH DENGAN PERMATA DARIPADA JENIS AUSTRALIAN OPAL SEBERAT 22 CARAT YANG DICANAI DI KIOSK BATU CINCIN.

AUSTRALIAN OPAL ADALAH DIATARA PERMATA MEWAH, OLEH ITU JARANG SEKALI KITA MENEMUI PERMATA INI MENJADI PERHIASAN KEPADA PERMATA CINCIN MAHU PUN LOKET YANG DIPAKAI OLEH SESEORANG.

KEINDAHAN PERMATA INI TELAH MENJADIKAN IDAMAN KEPADA MEREKA YANG MENGETAHUI DAN MENGENALINYA. KEBANYAKAN AUSTRALIAN OPAL DIDALAM PASARAN HARI INI ADALAH TERDIRI DARIPADA PERMATA SYNTHETIC.

BAGI YANG MENGIDAPKAN PERMATA INI BOLEHLAH MENGUNJUNGI KIOSK BATU CINCIN DI UPTOWN DANAU KOTA UNTUK MENDAPATKAN YANG ASLI DENGAN HARGA MAMPU MILIK SEMENTARA STOK MASIH ADA.

( 4 ) RUBY MYANMAR ( DELIMA MYANMAR )


DIATAS INI PULA ADALAH TERBARU DARIPADA KIOSK BATU CINCIN IAITU SEBENTUK CINCIN PERAK ( SILVER )  YANG BERTATAHKAN DENGAN PERMATA RUBY MYANMAR ( DELIMA MYANMAR ) ASLI DAN MEMPUNYAI KUALITI YANG BAIK.

PERMATA RUBY SEBEGINI ADALAH SATU SATUNYA JENIS, YANG MENJADI IDAMAN KEPADA PEMINAT PEMINAT  RUBY.TERSERLAHNYA URAT BATU PADA PERMATA RUBY INI, YANG MENJADI KEANGUNAN DAN LAMBANG KEASLIAN KEPADA SETIAP PERMATA YANG BERGELAR RUBY, SEBAGAIMANA YANG ANDA LIHAT PADA GAMBAR DIATAS.

DAPATKAN PERMATA RUBY YANG ASLI DARIPADA KIOSK BATU CINCIN SEMENTARA STOK MASIH ADA.

UNTUK MAKLUMAN PENGUNJUNG PENGUNJUNG BLOG INI, 
PERMATA RUBY DIATAS BUKANLAH DICANAI  OLEH NIK CINCIN DARIPADA 
KIOSK BATU CINCIN.

( 5 ) CINCIN YANG BERTATAHKAN PERMATA KURSAINI


KETAHUILAH ANDA BAHAWA RESAPAN DARIPADA AURA KURSAINI AKAN MENYEBABKAN BERTAMBAHNYA KEKUATAN KEPADA TENAGA LELAKI. DIDALAM BEBERAPA MENTERA MELAYU KUNO, PERKATAN KURSAINI MENJADI SEBUTAN SEBAGAI PELENGKAP KEPADA MENTERA BAGI MEMULIHKAN TENAGA BATIN.

SEPENGETAHUAN, PERMATA KURSAINI TERDAPAT DIDALAM DUA WARNA, IAITU HITAM DENGAN BINTIK BINTIK KECIL BERWARNA KEKUNINGAN SEMENTARA SATU LAGI SEBAGAIMANA DIDALAM GAMBAR DIATAS.

SEGERALAH BERKUNJUNG KE KIOSK BATU CINCIN DAN DAPATKAN SEBENTUK CINCIN ATAU PERMATA KURSAINI ASLI SEMENTARA STOK MASIH ADA.

KIOSK BATU CINCIN UPTOWN DANAU KOTA 
SENTIASA MENANTIKAN KEHADIRAN ANDA DENGAN MENYEDIAKAN BERBAGAI PERHIDMATAN KEPADA ANDA DIDALAM CINCIN DAN BATU PERMATA.

DIANTARA PERHIDMATAN YANG AGAK BERLAINAN DARI YANG LAIN DISEDIAKAN OLEH KIOSK BATU CINCIN UNTUK ANDA, ADALAH SEPERTI : -

  1. MENCANAI BATU PERMATA:  JIKA SEKIRA ANDA MEMPUNYAI BATU BATU PERMATA YANG MASIH BELUM DIBENTUKAN MENJADI PERMATA, BAWAKAN PERMATA ANDA KE KIOSK BATU CINCIN DAN ANDA AKAN MELIHAT DENGAN SENDIRI BAGAIMANA BATU PERMATA ANDA DIBENTUK MENJADI SEBUTIR PERMATA.
  2. MENCANAI KAYU KAYU BERKHASIAT UNTUK PERMATA KEPADA CINCIN ANDA: ANDA JUGA BOLEH MEMBAWA KAYU KAYU ATAU TERAS TERAS BERKHASIAT YANG TERSIMPAN LAMA KE KIOSK BATU CINCIN UNTUK DICANAI DAN DIBENTUK MENJADI KEPADA PERMATA CINCIN ANDA.
  3. MENERIMA TEMPAHAN UNTUK CINCIN KAYU ERA BARU MENGIKUT SESUATU TUJUAN DAN KEHENDAK PEMAKAI. UNTUK MENDALAMI KHASIAT KAYU SILA LAWATI HALAMAN INI.
  4. MENUKAR BINGKAI CINCIN KEPADA BINGKAI PERAK ( SILVER ), KUNINGAN ( COPPER NICKEL ) DAN STAINLESS STELL.


SEBAGAI BONOS KEPADA PENGUNJUNG BLOG KIOSK BATU CINCIN DAPATKAN TIPS PERCUMA RAHSIA  MEMBELI BATU PERMATA, ANDA BOLEH KELIK DISINI.

SARUNGILAH BARANG SEBENTUK CINCIN KEJARI ANDA, SESUNGGUHNYA CINCIN ADALAH SALAH SATU PERHIASAN YANG DIGEMARI OLEH RASULULLAH DAN IKUTILAH PEMAKAIAN CINCIN SEBAGAIMANA YANG DINASIHATKAN OLEH RASULULLAH KEPADA KITA DIDALAM HALAMAN INI.

JADIKAN NIK CINCIN SEBAGAI FRIEND DI FACEBOOK ANDA  DAN KELIK LIKE KEPADA HALAMAN KIOSK BATU CINCIN DI FACEBOOK ANDA DAN DAPATKAN LAGI INFO INFO TAMBAHAN MENGENAI CINCIN DAN BATU PERMATA.

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.