HALAMAN

Thursday, June 27, 2013

KERIS BERMULA DARIPADA SEMAR


ADA BANYAK YANG BERPENDAPAT 
BAHAWA SEMAR DAN KERIS MEMPUNYAI HUBUNG KAIT YANG RAPAT
DARI SEGI SEJARAHNYA.


DALAM MITOS MASYARAKAT JAWA,
SEMAR DENGAN NAMA SEBENARNYA ADALAH JAGGAN SEMARASANTA. SEMAR ADALAH DARIPADA KETURUNAN SANGHYANG TUNGGAL YANG BERKAHWIN DENGAN DEWI RAKTI, PUTRI DARIPADA RAJA JIN.

HASIL PERKAHWINAN ITU PUTRI RAKTI TELAH MELAHIRKAN 2 BUTIR TELUR KEMUDIAN BERUBAH MENJADI 2 ORANG PEMUDA. SEORANG YANG BERWAJAH HODOH DAN HITAM TELAH DIBERI NAMA ISMAYA DAN YANG BERKULIT PUTIH TELAH DIBERI NAMA MANIKMAYA.

PUTRA SULUNG ISMAYA YANG BERNAMA BETARA WUNGKUHAM TELAH MENDAPAT PUTRA YANG BERBADAN BULAT, MEMPUNYAI KELAMIN LELAKI TETAPI MEMPUNYAI PAYUDARA, SENTIASA TERSENYUM TETAPI MEMPUNYAI MATA YANG SEMBAB, WAJAHNYA YANG TUA DENGAN RAMBUTNYA YANG SENTIASA BERGAYA, DIBERI NAMA JAGGAN SEMARASANTA DENGAN GELARAN SEMAR.

DALAM KEADAAN TENANG ISMAYA TELAH BERJAYA MERASUK SEMAR SEHINGGA IANYA AMAT DITAKUTI HINGGA KEPADA PARA DEWA. SEMAR YANG DIKATAKAN JELMAAN DARIPADA DEWA TETAPI HIDUP SEBAGAI RAKYAT JELATA. 

BEGITULAH SECARA RINGKAS SEJARAH MITOS MENGENAI SEMAR YANG DIAGONGKAN OLEH MASYARAKAT JAWA.

GAMBARAN SEMAR INI DIKATAKAN TERUS BERKUMANDANG HEBAT DIZAMAN SUNAN KALI JAGA SEKITAR TAHUN 1450.


OLEH KERANA DISEBABKAN  MASYARAKAT JAWA 
TERLALU MENGAGONGKAN SEMAR MENGIKUT MITOS YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT, MEREKA TELAH MELAHIRKAN SEJENIS SENJATA YANG MIRIP KEPADA SUSUK TUBUH SEMAR SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN 
DALAM MITOS MEREKA.


JIKA DILIHAT SEJARAH PENGGUNAAN KERIS
OLEH MASYARAKAT MELAYU ADALAH DALAM SEKITAR 500 - 600 TAHUN KEBELAKANGAN INI, YANG BERMULA DARIPADA INDONESIA, MALAYSIA, FHILIPINA, BRUNAI DAN THAILAND. JIKA KITA LIHAT MITOS MENGENAI SEMAR MASIH HEBAT DIPERKATAKAN SEMASA ERA SUNAN KALI JAGA IAITU
 SEKITAR 560 TAHUN YANG LALU. 

KITA JUGA DAPAT MELIHAT BAGAIMANA
 KEBANYAKAN BENTUK BENTUK KERIS DIAWAL IANYA DICIPTA ADALAH MIRIP KEPADA BENTUK SEMAR. OLEH YANG DEMIKIAN DIYAKINI BAHAWA BENTUK KERIS ITU ADALAH BERMULA DARIPADA SEMAR.


APABILA KITA MELIHAT KERIS KERIS JAWA,
KEBANYAKANYA HINGGA KINI IANYA MASIH DIPENGARUHI DENGAN CIRI CIRI SEMAR, SEPERTI BENTUK PADA HULU KERIS.

BEGITULAH HUBUNG KAIT
DIANTARA BENTUK KERIS DENGAN SEMAR YANG DIYAKINI BAHAWA
ASAL MULANYA KERIS ITU ADALAH DARIPADA MITOS MASYARAKAT JAWA 
YANG DINAMAKAN SEMAR.

WALLAHUALAM.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.