HALAMAN

Tuesday, June 25, 2013

RANTAI BABI MENJADI BURUAN

RANTAI BABI

ASSALAMUALAIKUM 
SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH DIUCAPKAN 
KEPADA PENGUNJUNG BLOG  KIOSK BATU CINCIN.

SEBELUM INI SAYA SERING DIHUJANI DENGAN PERTANYAAN
MENGENAI SEJAUH MANA KEBENARAN SATU BARANG MISTIK YANG DISEBUT 
RANTAI BABI ATAU KALONG BABI.


ADAPUN DIATAS ADALAH GAMBAR YANG DISEBUT ORANG SEBAGAI RANTAI BABI ATAU KALONG BABI YANG MENJADI REBUTAN KEPADA PEMINAT MISTIK.

DICERITAKAN SECARA RINGKAS BAHAWA RANTAI BABI 
INI BERADA DIBAHAGIAN TARING SEEKOR BABI TUNGGAL YANG MENYENDIRI DIDALAM HUTAN, KEBIASAAN BABI TUNGGAL YANG MEMPUNYAI KALONG ATAU RANTAI INI ADALAH DARI KALANGAN BABI YANG MEMPUNYAI GEMBALA (PENUNGGU), YANG MANA AMAT LIAR DAN
 SUKAR UNTUK DITEWASKAN.

RANTAI BABI ATAU KALONG BABI INI KONONYA 
MAMPU MENYEBABKAN SESEORANG MENJADI KEBAL JIKA DIPAKAIKAN KEBADAN TETAPI SEJAUH MANA KEBENARANYA WALLAHUALAM.

ADAPUN SAYA TIDAK SESEKALI MENYANGKALI AKAN PENDAPAT INI,
KERANA TIDAK MUSTAHIL BAGI ALLAH UNTUK SESEKALI MENJADIKAN PEKARA YANG SEUMPAMA INI SEBAGAI MENUNJUKKAN TANDA TANDA KEBESARANYA ATAU SESUATU HIKMAH DISEBALIKNYA..

ADAPUN JIKA PEKARA INI BERLAKU ATAS SEBAB
KHADAM ( JIN ) ATAU ATAS SEBAB PEMUJAAN, MAKA IANYA ADALAH 
MENYALAHI HUKUM SYARAK.


BERMULA DARI AWAL TAHUN 70AN, HINGGA KINI
ADA DIKALANGAN ORANG ORANG KAYA TELAH MENAWARKAN JUTAAN RINGGIT KEPADA SESIAPA YANG BOLEH MEMBAWAKAN RANTAI BABI INI KEPADANYA.

OLEH YANG DEMIKIAN RANTAI BABI MENJADI BURUAN RAMAI, 
 HINGGA MEREKA SANGGUP MEMBELANJAKAN WANG YANG BANYAK UNTUK MENDAPATKAN APA YANG DIKATAKAN RANTAI BABI INI. SEJAUH MANA KEBERHASILANYA TIDAK DAPAT DIPASTIKAN DAN MALAH ADA SESETENGAH DARIPADA MEREKA YANG TERBABIT DALAM AKTIVITI INI TELAH MEMBUAT ANDAIAN AKAN PEKARA INI ADALAH DONGENG.

WALLAHUALAM.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.