Terima kasih diatas kesudian
mengunjungi blog kami iaitu Blog Kiosk Batu Cincin.
Mungkin agak lama kami tidak
menambah maklumat-maklumat terbaru mengenai
batu-batu permata sebagai perkongsian untuk kita bersama.
Alhamdulillah kali ini kami dapat
meluangkan masa untuk menghuraikan sedikit sebanyak panduan
memilih batu-batu permata yang terbaik untuk
dijadikan sebagai bahan pengisian.
1. Pengisian.
Sebagai peminat batu-batu permata, kebanyakan dari orang-orang kita pasti tidak terlepas dari keinginan dan hasrat untuk memiliki permata yang telah melalui proses pengisian, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nenek Moyang kita dahulu.
Adapun pengisian yang kita maksudkan itu adalah sesuatu bahan kegunaan harian seperti Keris, Pedang, Pisau, Cambok, Cincin dan batu-batu permata juga tidak terlepas daripada dilakukan proses pengisian oleh nenek moyang kita, dengan cara membaca sesuatu mentera untuk tujuan tertentu.
Kali ini saya ingin berkongsi jenis-jenis permata yang terbaik dijadikan bahan untuk pengisian.
2. Pengisian Shok Sendiri.
Proses pengisian tidak semudah sebagaimana kita menyebutnya. Kebanyakan orang kita tidak memahami kehendak proses pengisian itu. Mereka yang diamanah untuk melakukan proses pengisian itu pula hanya tahu membacakan mentera sahaja, apa yang penting bagi mereka adalah Mahar " MASHUKKK " menjadi atau tidak apa yang dimenterakan itu belakang kira. Akhirnya anda menjadi " Shok Sendiri " dengan apa yang anda miliki, kualiti dan "Powernya" tiada, umpama Kelambu Koyak, Kelambu kelihatan besar, tetapi dimasuki nyamuk...hahaha
3. Kehendak Pengisian.
Berikut ini saya huraikan sedikit sebanyak asas bahan yang terbaik dan mujarab untuk dibuat pengisian.
- Bahan untuk pengisian hendaklah barang yang berkualiti, jika Batu Permata hendaklah Batu Permata yang asli bukan kaca. Jika kaca boleh dibuat pengisian, ini bermaksud gelas minuman juga boleh dibuat pengisian.Tak gitu Bro... hehehe.
- Hendaklah memilih kecenderungan batu permata yang mempunyai khasiat yang sama untuk satu-satu tujuan. Sebagai contoh pengisian untuk Benteng Diri, Batu Permata Delima, Jade, Taurmaline yang asli adalah terbaik untuk dibuat pengisian, kerana disebabkan permata tersebut sememangnya mempunyai khasiat semula jadi kearah itu. Mohon nasihat daripada orang-orang yang mahir dalam bidang batu-batu permata adalah terbaik sebelum melakukan pengisian. Bukan meminta nasihat daripada Bomoh yang tidak tahu apa-apa pasal batu permata dan akhirnya permata kaca digunakan untuk pengisian...hehehe amat malang sekali jika ini yang berlaku kepada diri anda.
- Dapatkan batu-batu permata yang dibentuk (Dicanai) oleh orang-orang Islam, tidak permata yang dibentuk oleh orang-orang Kafir. Sebab itu Nenek Moyang kita berusaha mencanai permata mereka sendiri untuk dibuat pengisian, biarpun mengambil masa yang berbulan-bulan demi mendapatkan permata yang asli lagi berkualiti untuk tujuan ini. Dewasa ini telah wujud ramai rakan-rakan kita yang beragama islam melakukan kerja-kerja mencanai batu-batu permata dan anda boleh mendapati daripada mereka permata yang asli berkualiti bagi tujuan ini.
Diatas adalah 3 pekara pokok yang amat perlu diambil kira dalam menjadikan batu permata sebagai bahan untuk pengisian.
4. Mengenali Beberapa Batu Permata Asli Di Kiosk Batu Cincin.
Memandang ramai dikalangan kita, terutama orang-orang muda tertipu dan tidak kurang juga yang ditipu, makanya kami di Kiosk Batu Cincin menyediakan khidmat untuk mendapatkan berbagai jenis batu-batu permata asli yang dicanai sendiri oleh CEO Kiosk Batu Cincin iaitu Niek Cincin.
Setiap permata asli yang melalui proses pembuatan di Kiosk Batu Cincin, akan disertakan gambar-gambar daripada bungkah, proses mencanai dan hingga selesai menjadi permata.
Perhatikan beberapa contoh permata asli dibawah ini.
Permata Jade Burma Kiosk Batu Cincin.
Permata Red Garnet Asli Kiosk Batu Cincin.
Black Tourmaline Asli Kiosk Batu Cincin.
Banyak lagi batu-batu permata asli yang kami proses di Kiosk Batu Cincin. Anda boleh melayari Youtube kami melalui link dibawah untuk melihat Neik Cincin selaku CEO Kiosk Batu Cincin mencanai batu-batu permata.
- Mencanai Phantom Ruby Burma.
- Mencanai Rose Ruby Myanmar.
- Mencanai Batu Leleh.
- Mencanai Africa Garnet.
Rasanya anda sudah memahami mengenai pekara yang kita bincangkan, walaupun dengan hanya sedikit penerangan.sekali lagi kami tekankan bahawa pengisian bukan satu pekara yang mudah dan sewenangnya dapat dilakukan.
Kiosk Batu Cincin bersedia menyediakan batu-batu yang benar-benar asli dan berkualiti untuk tujuan ini. Hubungi kami ditalian 017 6266081 atau Whatsapp 014 2308873, atau berkunjung sendiri ke Kiosk Batu Cincin di Taman Rakyat, Andalas Klang Selangor, anda dapat melihat dengan sendiri Neik Cincin membentuk bungkah batu sehingga menjadi permata untuk pengisian anda dengan harga berpatutan, seharusnya " Mampu Milik "
Sekian sedikit perkongsian daripada kami.
No comments:
Post a Comment